Posts

Aku dan Huruf Ra

"Hafazan kamu dah bagus, sekat sikit-sikit dekat ayat mutasyabihat tu biasalah. Cumanya, kamu kena perbaiki lagi makhraj huruf kamu, dan huruf ra' guna lidah tau", pesan Ustaz Jad yang merupakan seorang pegawai Yayasan Itqan, sejurus menguji (tebuk hafazan) aku Januari lalu. Aku sekarang sertai program halaqah hafazan Itqan, di bawah Yayasan Itqan. Setiap 5 juzu' yang ditasmi' (dihafal dan diperdengarkan), pelajar perlu melalui ikhtibar (ujian) dengan pegawai Itqan. Kalau lulus, baru boleh bergerak ke juzu'-juzu' seterusnya. Januari lepas, aku baru selesai tebuk 10 juzu', dan itu antara komentar ustaz. Aku lepas dengar komen tu, tersengih jelah. Kantoi dengan ustaz aku tak guna lidah untuk sebut huruf ra. Aku sebenarnya kagum dengan ustaz. Sebabnya, jaranggg sangat ustaz/ustazah aku yang perasan aku sebut huruf ra tak guna lidah shsh. Dahla ikhtibar ni online , macam mana la ustaz boleh perasan. Selama perjalanan menghafal aku, aku tasmi'/talaqqi d...

MTHQK2023 : Satu Pengalaman (2)

MTHQK ni mula 11 Jun, habis 16 Jun 2023. Tapi kitorang kena datang 8 Jun lagi, sebab ada macam-macam. 8 Jun tu ada pemeriksaan kesihatan, tapi aku dengan Suhailah (kawan aku, dari UIA jugak tapi wakil negeri lain) tak habis lagi kelas, jadi kitorang datang lambat sikit. Sampai Pineng malam tu, kaunter pemeriksaan dah tutup. Esok tu, 9 Jun, takde apa-apa lagi, aktiviti bebas. Tapi masing-masing mengulang la. Malam tu, ada cabutan undi. Aku tak tahu nak rasa apa, doa bagi dapat yang terbaik ja. Dan Allah izin, aku dapat hari Selasa (13 Jun). Bagi aku, elok-elok la, tak terlalu awal sampai aku terkejut dan tak terlalu lambat jadi aku tak berdebar lama. Esok tu, 10 Jun, ada lawatan. Pihak penganjur (urusetia Pineng) sediakan lawatan untuk peserta-peserta ronda negeri Pulau Pinang. Tak wajib, siapa nak pergi boleh pergi. Kebanyakan orang tak pergi sebab nak bersedia untuk musabaqah, tapi aku rasa macam rugi kalau tak join, jadi aku join ja. Lagipun masa tu tak rasa berdebar lagi, tak rasa m...

MTHQK2023 : Satu Perjalanan (1)

Bulan lepas alhamdulillah aku direzekikan untuk sertai Majlis Tilawah dan Hafazan Quran peringkat Kebangsaan, mewakili negeri Perlis untuk hafazan kategori Juzu’ 1-10. Satu pengalaman yang sangatt berharga buat aku. Jadi sebelum aku terlupa macam mana perasaan aku sepanjang perjalanan ni, aku kena tulis kat sini. Aku bahagikan penulisan ni jadi dua bahagian; satu perjalanan dan satu pengalaman. Bahagian perjalanan menceritakan episod-episod dari mula aku tahu aku terpilih untuk ke kebangsaan, dan bahagian pengalaman cerita mengenai episod-episod sepanjang 10 hari MTHQK tu berlangsung. Ok jadi entri ni menceritakan bahagian perjalanan. Mulakan perjalanan musabaqah ni ialah kerja paling gila kut yang aku pernah buat sepanjang 22 tahun aku hidup. Gila sebab satu, aku tak masyi. Kalau banding dengan kawan-kawan aku yang jenis masuk musabaqah ni, memang jauh macam matahari dengan planet pluto. Jauh beza sangattt. Kedua, sebab aku penakut,  stage fright  tu dahsyat sangat-sangat. Or...

Mendewasa dalam dua versi

Image
Aku terjumpa coretan ni dalam buku Raudhah aku. Dan apa yang menariknya, dua-dua cerita pasal mendewasa, tapi dengan perspektif yang berbeza. Ayat-ayat coretan ni masih tergantung sebenarnya, tapi sengaja aku biarkan macam tu, nak tunjuk betapa aku kehabisan kata dalam memperincikan kekusutan ketika itu. Mendewasa versi pertama, ditulis pada Mac 2022. Masa tu aku serabutt sangat-sangat. Lumrah mendewasa, kita diasak untuk membuat pilihan, dan masa tu aku tak tahu nak pilih apa. Ikut kata hati atau prinsip? Dan dalam masa pergelutan/pertarungan dalam diri aku tu berlaku, dalam masa yang sama, aku tak boleh tinggalkan tanggungjawab-tanggungjawab di alam realiti. Jadi pada akhirnya aku kena paksa diri aku untuk meletak tepi sebentar urusan hati, dan fokus dulu untuk menyelesaikan urusan-urusan yang lebih mustahak itu. Mendewasa versi kedua, ditulis pada Jun 2022, 3 bulan selepas versi pertama. Masa tu, aku baru lepas deep talk dengan kawan aku. Dan masa tu aku baru tersedar, aku tak keseo...

ramadan 1444h

ramadan tahun ni, rasa berlalu dengan sangattt pantas. terlalu pantas. sedar-sedar, lagi sehari dua ja 🤧 rasanya salah satu faktor rasa masa ni cepat rasanya sebab sibuk. ala kulli hal, alhamdulillah, semua kesibukan yang aku hadapi tu tak membebankan, malah menyeronokkan. cuma nya... satu cons bila sibuk ni, tak terperasan yang aku ter’on’ button auto-pilot. membiarkan jasad aku bekerja, beribadah, tanpa menghadirkan hati. semua benda dah jadi macam rutin. dan kesibukan yang aku hadapi tu jadikan aku ‘numb’ dengan keadaan sekeliling. kalau terjemah dalam bentuk graf, aku punya graf kehidupan masa tu horizontal straight line, constant. diuji dengan apa-apa, terkesan sikit, tapi tak boleh sedih lama-lama sebab banyak benda nak kena buat, jadi paksa diri untuk jadi heartless. lama-lama terbiasa jadi heartless termasuk dalam bab ibadah :( sampailah kawan aku forward balik video aku bagi kulim (kuliah lima minit) 4 tahun lepas. video tu aku tak tengok dah lepas hantar sebab cringe d...

As long as the lemon trees grow

Image
Salah satu azam aku tahun ni, nak keluar dari reading slump. Lama betul tinggal buku, jadi nak mula balik tu sangatlah mencabar. Jadi fasa permulaan ni aku cuba mula dengan buku fiksyen dulu, sebab tak nak berat-berat. Nak bagi suka baca buku balik ja dulu. Jadi aku mula dengan satu buku yang kawan aku recommend, ' as long as the lemon trees grow', karya Zoulfa Katouh. Secara ringkas dia, buku ni cerita pasal seorang perempuan yang struggle untuk ‘hidup’ secara fizikal dan mental di zaman revolusi Syria. Dan dilemma sama ada nak tinggalkan Syria, pindah ke negara lain ataupun teruskan berjuang di Syria. Kalau kena rumuskan buku ni dalam satu perkataan, aku pilih ‘hope’. Nak tahu kenapa, boleh baca buku ni hehe. Aku suka watak dalam buku ni, sebab dia tak sempurna .  Aku kurang suka cerita yang watak dia sempurna, sebab dia susah sikit nak relate  dengan diri sendiri. Dalam cerita ni, watak ni penuh dengan sifat-sifat insani; takut, selfish, anxious, ‘pengecut’, hopeless , dan ...

Doa yang membentuk

Antara satu doa yang aku tak pernah tinggal untuk baca setiap kali lepas solat sejak zaman sekolah menengah ialah: .اللهم اجعلنا من أهل القرءان، ومن حفظة القرءان، ومن عملة القرءان، ومن حملة القرءان "Ya Allah, jadikanlah kami tergolong dalam golongan ahli quran, orang-orang yang menjaga quran, orang-orang yang beramal dengan al quran dan orang-orang yang membawa al quran (ke dalam kehidupannya)". Kalau solat jemaah kat sekolah menengah, imam akan baca doa ni setiap kali lepas solat, jadi aku pun terbiasa. Solat sendiri ka, solat kat rumah dengan keluarga ka, memang akan ulang doa ni, walaupun dah keluar sekolah. Baca doa ni dah jadi macam rutin. Dan bila rutin, aku takdela menghayati mana. Mengharap untuk berada dalam golongan-golongan tersebut, tapi kurang usaha untuk merealisasikannya. Aku jenis  follow the flow, jadi aku habiskan ja hafazan kat sekolah menengah dalam keadaan tak faham sangat kenapa aku hafal quran. Hafal ja. Pastu habis sekolah menengah, aku apply scholarsh...