As long as the lemon trees grow



Salah satu azam aku tahun ni, nak keluar dari reading slump. Lama betul tinggal buku, jadi nak mula balik tu sangatlah mencabar. Jadi fasa permulaan ni aku cuba mula dengan buku fiksyen dulu, sebab tak nak berat-berat. Nak bagi suka baca buku balik ja dulu. Jadi aku mula dengan satu buku yang kawan aku recommend, 'as long as the lemon trees grow', karya Zoulfa Katouh.

Secara ringkas dia, buku ni cerita pasal seorang perempuan yang struggle untuk ‘hidup’ secara fizikal dan mental di zaman revolusi Syria. Dan dilemma sama ada nak tinggalkan Syria, pindah ke negara lain ataupun teruskan berjuang di Syria.
Kalau kena rumuskan buku ni dalam satu perkataan, aku pilih ‘hope’. Nak tahu kenapa, boleh baca buku ni hehe.

Aku suka watak dalam buku ni, sebab dia tak sempurna. Aku kurang suka cerita yang watak dia sempurna, sebab dia susah sikit nak relate dengan diri sendiri. Dalam cerita ni, watak ni penuh dengan sifat-sifat insani; takut, selfish, anxious, ‘pengecut’, hopeless, dan macam-macam lagi. Pada kebanyakan waktu, kita rasa sifat-sifat ni tak bagus, sifat-sifat ni kena buang. Tapi sebenarnya sifat-sifat ni yang membuatkan kita lebih manusiawi, yang membezakan kita dengan robot-robot ciptaan manusia. Ketidaksempurnaan kita itu yang membuatkan kita istimewa. Dan sifat-sifat ni perlu dikawal, bukan dibuang terus dari kehidupan kita.

“We don’t inspire people by being perfect. We inspire people by dealing with our imperfections.”

Ok dah, tak nak cerita panjang pasal cerita dalam buku ni, korang kena baca sendiri sebab sumpah best. Cuma nak cerita kat sini, macam mana buku ni ubah persepsi aku dalam beberapa perkara.

Satu, dari segi definisi aku tentang buku yang 'best'. Untuk aku yang minat baca/tengok cerita genre misteri, thriller, dengan aksi, bagi aku cerita yang best ni ialah cerita yang aku boleh habiskan in one sitting. Maksudnya sekali baca dah habis. Sebab aku fikir, buku yang mampu pancing perhatian aku sampai boleh tinggalkan aktiviti-aktiviti seharian aku tak kiralah main ke sembang ke makan ke tidur ke (kecuali solatla pastinya), kiranya buku tu buku yang baik la. Biasanya aku akan habiskan baca buku macam ni kurang dari sehari. Tapi untuk buku ni, aku tak boleh habiskan dalam sekali duduk ja, bukan sebab tak best, tapi sebab tak mampu. Buku ni terlalu... perit.

Penulis sangat pandai dalam memperincikan situasi-situasi yang dihadapi oleh rakyat Syria waktu tu. Setiap apa yang berlaku, latar belakang cerita ni macam suasana kejiranan yang penuh dengan bangunan yang ranap, mangsa-mangsa perang yang terkena bom/peluru apa semua, kekurangan makanan, trauma, semua tu penulis cerita dengan terperinci sampai aku rasa aku berada dalam situasi-situasi tu. Dan ada bahagian-bahagian yang aku terpaksa berhenti baca sebab terbayang dan terkesan dengan situasi tu. 

Contoh penulis ada cerita pasal seorang perempuan kecil kena bedah tanpa ada ubat bius 😭 Sakit wehhhh. Aku pernah kena jahit beberapa kali bawah local anasthesia, dan kadang bius tu tak berfungsi dengan baik jadi rasala sakit tu sikit-sikit. Tapi ni kes tak ada ubat bius langsungg aaaaa sumpah sakit gila. Aku tak boleh hadam macam mana diorang kena hadap benda-benda macam ni. Dan lebih menyedihkan, ini ialah realiti. Walaupun buku ni fiksyen, cerita watak utama ni ialah fiksyen, tapi latar belakang buku/cerita ni ialah real. Apa yang diceritakan oleh penulis tentang Syria dan rakyatnya ialah real. Moga Allah balas setiap satu kejahatan yang diorang buat dengan seburuk-buruk balasan.

Jadi sebab tula aku tak boleh habiskan baca buku ni dalam masa yang singkat, dia memerlukan emosi yang stabil dan masa yang tenang untuk baca buku ni. Tapi tak bermaksud buku ni tak bagus, buku ni sangat baik. Jadi konklusi dia, tak semestinya buku yang baik ni kena habis sekali duduk ja.

Kedua, buku fiksyen tak kurang hebat dia dengan buku non-fiksyen.
Dulu aku segan baca buku fiksyen dan tak baca sangat buku non fiksyen, sebab macam childish sikit. Kawan-kawan sebaya aku kebanyakannya baca buku non-fiksyen, tak baca dah novel-novel ni. Biasanya novel ni sampai sekolah menengah ja, lepas sekolah dah baca bahan-bahan yang berat ja. Jadi rasa macam insecure sikit. Tapi lepas baca buku ni, aku tak rasa buku fiksyen kurang nilai dia berbanding buku non fiksyen. Sebab, dua-dua penting dan dua-dua boleh bagi impak kepada pembaca.

Buku fiksyen feeds hati kita dengan emosi, buku non fiksyen feeds minda kita dengan intelektual. Untuk kita bergerak melakukan sesuatu perkara, atau ubah sesuatu perkara, perlukan ilmu juga emosi. Emosi ni jadi macam bahan bakar untuk kita gerakkan jasad kita. Tanpa bahan bakar, kita akan buat sesuatu tu... heartlessly. Dan sampai satu masa, kita akan berhenti sebab tak ada benda yang gerak kita untuk terus buat sesuatu benda tu.

Dan kalau untuk orang awam, aku rasa lebih senang dan lebih efektif untuk sebarkan awareness tentang sesuatu melalui fiksyen sebab kebanyakan orang awam tak berapa suka baca tentang sejarah (aku salah sorang 😌). Tapi bila baca buku ni, dia spark rasa ingin tahu tu. Jadi lepas baca buku ni baru aku google balik apa yang berlaku dekat Syria ni sebenarnya, tengok klip-klip video dekat Youtube dan sebagainya.

Tak dinafikan ilmu tu penting, tapi nak  usik emosi, spark rasa ingin tahu tu pun penting. Sebab tula buku fiksyen tak kurang nilai dia berbanding buku non-fiksyen.

Ketiga, dari segi tabbing.
Aku tak suka tanda buku fiksyen dengan penanda apa-apa. Kalau buku non-fiksyen atau buku akademik, lainla sebab nak tanda poin-poin penting. Tapi bila baca buku ni, geram ja rasa nak letak penanda. Sebab banyak sangat ayat yang bestttt. Ayat-ayat penulis ni sumpah best, dia puitis sikit, imaginary, memberi kesan, dan macam-macam lagi haha.

Dahla ayat best, plot cerita best, jalan penceritaan pun best :’))
Adore betul dengan penulis ni. Secara keseluruhan, aku rate buku ni 4.5/5. Ok dah, tu ja, bai.

11 Mac 2023,
Mahallah Nusaibah.


Comments

Popular posts from this blog

Ramadan 1445h (2)

Rebound .

Tumbuh bersama JC 🌱