Mendewasa dalam dua versi

Aku terjumpa coretan ni dalam buku Raudhah aku. Dan apa yang menariknya, dua-dua cerita pasal mendewasa, tapi dengan perspektif yang berbeza. Ayat-ayat coretan ni masih tergantung sebenarnya, tapi sengaja aku biarkan macam tu, nak tunjuk betapa aku kehabisan kata dalam memperincikan kekusutan ketika itu.

Mendewasa versi pertama, ditulis pada Mac 2022. Masa tu aku serabutt sangat-sangat. Lumrah mendewasa, kita diasak untuk membuat pilihan, dan masa tu aku tak tahu nak pilih apa. Ikut kata hati atau prinsip? Dan dalam masa pergelutan/pertarungan dalam diri aku tu berlaku, dalam masa yang sama, aku tak boleh tinggalkan tanggungjawab-tanggungjawab di alam realiti. Jadi pada akhirnya aku kena paksa diri aku untuk meletak tepi sebentar urusan hati, dan fokus dulu untuk menyelesaikan urusan-urusan yang lebih mustahak itu.

Mendewasa versi kedua, ditulis pada Jun 2022, 3 bulan selepas versi pertama. Masa tu, aku baru lepas deep talk dengan kawan aku. Dan masa tu aku baru tersedar, aku tak keseorangan. Aku cuma perlu sedikit keberanian untuk mempercayai orang-orang di sekeliling aku. Perlu sedikit sahaja kepercayaan untuk angkat barrier yang aku letak. Dan keputusan aku masa tu, sangat tepat. Aku rasa sangattt lapang alhamdulillah. Betullah, manusia itu tak diciptakan untuk berseorangan.

Dulu aku takut nak open up dekat orang lain sebab takut membebankan orang tu. Tapi bila fikir balik, memang kita diciptakan untuk saling bergantung antara satu sama lain, jadi kenapa nak takut? Ayat kawan aku yang aku ingat sampai sekarang, “always remember people need other people, we are meant to be burdens”. Dan tak semestinya kita cerita A-Z dengan orang yang sama, mungkin perihal ni cerita kat orang ni, masalah ni cerita kat orang tu, apa semua.

Dan bila aku fikir balik, kalau aku, aku suka ja kalau orang bergantung dekat aku, sebab rasa macam diperlukan, rasa dipercayai. Aku suka kalau ibu lepaskan lelah ibu kat aku, aku suka kalau ayah minta tolong aku, aku suka kalau kakak-kakak aku atau adik aku call, mengadu, sharing masalah apa-apa, aku suka kalau kawan aku cerita kesusahan-kesusahan yang dihadapi kat aku, aku suka ja. Aku suka menjadi sebahagian dari kehidupan mereka yang aku sayang :)
Jadi, tak mustahil orang-orang sekeliling aku ada pemikiran yang sama. Kalau dia tunjuk dia terbeban lain la, takyah la cerita dah kat dia. Tapi setakat ni, orang-orang sekeliling aku semuanya menyambut keluh kesah aku dengan sangat baik, sentiasa bersedia menjadi crying shoulder.

Kedua, aku tak suka open up dulu sebab aku takut kehilangan. Kalau kita open up kat orang, maksudnya mestilah kita rapat betul-betul kan? Jadi aku takut kalau dah rapat sangat-sangat, sampai satu masa, kita kena berpisah. Aku lemah sikit dengan perpisahan ni. Aku sejenis yang susah nak rapat dengan orang, dan sejenis yang susah untuk melepaskan. Masa habis sekolah menengah, nak move on tu, ambil masa berbulan-bulan. Walaupun zaman sekarang masih boleh contact, tapi bagi aku tak sama jumpa fizikal dengan maya ja. Aku tak boleh LDR hahah.
Tapi tula, bila makin besar ni, itu ialah satu realiti pahit yang aku kena telan. Perpisahan fizikal tu akan sentiasaaa berlaku, tak boleh nak halang. Tapi perpisahan hati tu, kita boleh kawal.

Dan sedikit sebanyak, aku tak lagi merasakan mendewasa ni seperit dan sesesak seperti sebelum ini. Masih mencabar, tapi sekurang-kurangnya, bearable. Dan dengan orang-orang yang tepat, mendewasa ni menjadi lebih... macam mana eh nak cakap, aku tak reti nak explain. Mungkin lebih berwarna?
Dia tak jadi makin mudah, tapi lebih menyenangkan (senang dalam erti Bahasa Indonesia). Kita tahu benda tu memang susah, tapi kita tahu kita tak keseorangan.

Pada kebanyakan waktu, kita masih perlu buat pilihan sorang-sorang, sebab ni kehidupan kita, bukan orang lain. Tapi setidaknya, kita tahu ada orang yang sentiasa ada untuk kita, mendukung pilihan-pilihan yang kita buat.

Satu ayat Taylor Swift yang aku suka, “the scary news is, we are on our own now, and the cool news is, we are on our own now”.
Kita sering takut untuk buat keputusan sebab kita akan dipertanggungjawabkan atas keputusan-keputusan yang dibuat. Tapi dalam perspektif lain, kita ja tanggung apa yang kita putuskan, jadi kenapa nak takut? Salah percaturan tak apa, kita belajar. Kita sentiasaaa diproses, jadi jangan takut untuk buat keputusan. Allow ourselves to make mistakes.

Dan yang paling penting, kita ada Allah, yang tak pernah tinggalkan kita. Jadi sesulit apa pun masalah kita, sesesak apa pun hari yang kita lalui, Allah itu besar lagi dari semua tu.

Ok tu jaa, buat mereka yang sedang menghadapi hari-hari yang sulit, moga Allah permudahkann, we got thisss :)

Mahallah Nusaibah,
9.52 am, 17 Mei 2023.

 












Comments

Popular posts from this blog

Ramadan 1445h (2)

Rebound .

Tumbuh bersama JC 🌱