Posts

Showing posts with the label contengan jalanan

Kata dan hati

hati-hati dalam memilih kata, baik yang diluncurkan lisan, mahupun yang dizahirkan dalam bentuk penulisan, kedua-duanya mempunyai kuasa dan impak terhadap insan. hati-hati dalam memilih kata, pada ia boleh membawa kepada kebaikan, atau mengundang kemudharatan. laksana pedang yang boleh menyelamatkan, juga membinasakan. hati-hati dalam memilih kata, sekiranya tidak memaksudkannya, usah tuturkannya. berapa ramai yang berani mengungkapkan kata, namun tidak berani bertanggungjawab atas apa yang diperkatakannya? hati-hati dalam memilih kata, lidah itu senduk hati, cerminan terhadap peribadi diri, jagalah kedua-duanya, demi meraih cinta dan redha sang Ilahi.

Perjalananku : prolog

 "Ibu, acik tak larat dah nak makan ubat. Dari sekolah rendah kena makan, dua bulan sekali mesti makan antibiotik, pastu kena cucuk bagai, acik dah muak dah nak makan ubat, acik tak suka!", bentakku perlahan. Seandainya aku mengetahui betapa perkataan itu memberi impak kepada ibu, nescaya aku tidak menuturkannya. Niatku cuma ingin mengadu, tidakku tahu ia meresahkan perasaan sang ibu. Ibu mengambil kedua tanganku, lalu menciumnya. Laju air mata ibu mengalir. "Ibu minta maaf kalau ibu paksa acik, ibu nak acik sembuh ja." Aku tergamam. Rasionalku yang hilang sebentar tadi, kembali. Gamaknya seorang anak membiarkan sang ibu menangis kerana dirinya. Tidakkah dia mengetahui bahawa ibunya itu menanggung beban yang lebih berat? Mana mungkin seorang ibu mahukan anaknya sakit, malah sentiasa runsing memikirkan, mencari solusi terbaik buat masalah anaknya itu. Aku menyeka air mata ibu, dan terus merangkul lehernya. Membenamkan mukaku di bahunya. "Acik minta maaf ibu, aci...

Jaddid Hayatak

Jaddid hayatak. Perbaharui hidupmu. Suatu kata yang mudah diungkap, sukar dilaksanakan. Memperbaharui setiap hari kita, setiap detik, hanyasanya kepada Allah. Mengangkat sauh kebergantungan kita daripada manusia, dan menambat kepada Allahu Somad. Matlamat tak jelas, kita akan terhenti di pertengahan jalan. Menarik diri, merasakan kita tidak mampu. Sedangkan sekiranya diri kita tahu dan sedar, untuk siapa kita hidup, maka perkara tersebut tidak akan terjadi. Kerana Allah itu Maha Segalanya. Sekiranya matlamat kita duniawi, maka kita akan cepat putus asa, kerana dunia itu sifatnya, makin dicari, makin menjauh. Jumlah bukanlah ukuran suatu kejayaan. Majoriti tak semestinya betul, minoriti tak semestinya salah. Letakkan redha Allah yang pertama, kelak kamu akan bahagia. Perbaharui hidupmu. 8 September 2020 -Mahallah Umamah, CFS

keliru

aku keliru, setiap kali aku kusut diterpa masalah, terduduk menangis longlai di tanah, patutkah aku, memendamnya sehingga menjadi barah, atau mengangkat beban dengan cara meluah? aaah, hakikatnya, kalau aku lakukan kedua-duanya, aku kan tetap dipersalah, dipersalah kerana tidak meluah, kata mereka - mana mungkin mereka mengetahui isi hati mulut yang terkunci? kata mereka - dengan bicara dapat menjernihkan keadaan yang dihadapi. ketika itu, ligat otakku bekerja, mencari kata dan menyusun bicara, mengumpul hujah juga fakta, atas alasan apa aku lakukan sedemikian rupa. ketika lidahku sudah sedia untuk meluncurkan isi, ada suatu suara kecil dari lubuk hati, memintaku bersabar dan tenangkan diri, mungkin lebih baik untuk membiarkannya terkunci, agar tidak menyesal di kemudian hari,  dan tidak dipersalah atas perilaku ini.

Buat kamu :)

menulislah, tika tintamu selaras dengan hatimu. terjemahkan isi hati tatkala lidahmu kelu. satukan perasaan menjadi pelangi indah di langit biru, moga bermanfaat buat aku dan kamu. dan bacalah, dengan nama tuhanmu yang menciptakan.

aku dan bola

ibarat bola, kedudukan kita tidak akan pernah tetap. kadang diangkat disanjung dibangga, kadang jatuh merintih meratap. kadang menegur kadang ditegur, kadang mangadu kadang memujuk, kerana itu kita saling memerlukan, jauh sekali untuk salah mempersalahkan. ibarat bola, masa ini akan terus berlari, sesuai dengan aturan ilahi, sehingga ada daya yang menyebabkannya terhenti, seperti dalam fizik yang diajarkan cg izati. pasakkan kaki, teguhkan hati. perjalanan yang jauh dan berliku menanti, usah takut, usah gelisah. Dia tidak akan membiarkan kita sendiri. ibarat bola, semakin kuat dicampak, semakin tinggi lantunan dibalas. bukan ibarat kaca, yang berkecai apabila dilepas menyentuh tanah. Bilik B304 Darul Quran, 24 Januari 2020.

Sederhana

sederhana . sederhana dalam merasai, memberi, hatta mencintai. cintai kerana Dia, bermula dengan mencintai Sang Pemberi Rasa, kelak kau tidak akan kecewa apabila ditinggalkan mereka. as time flies, people change, memories fade, but He will remain still forever. كل من عليها فان. ويبقى وجه ربك ذوالجلال والإكرام. kadang sakitnya perpisahan, membuahkan kerinduan. kadang peritnya perpisahan, menyesali sebuah pertemuan. come on, be matured bal. move forward. Kelas Fast Track Darul Quran, 23 Disember 2019. catatan daripada Balqis 2023 : masa ni rasanya tengah move on dari perpisahan dengan kawan sekolah menengah kut haha tak ingat sangat. tapi serious, ambil masa lama nak move on, sedih sangat-sangat tak tahula pasaipa, padahal lepas tu jumpa ja lagi, cuma tula, tak sama dan takkan sama. apapapun, contengan ni masih relevan dan jadi peringatan untuk aku di hari ini untuk sentiasa menyederhanakan perasaan, dan untuk sentiasa asaskan cinta kerana Dia.

Sebuah Perjuangan

apalah erti sebuah penantian, ketika diriku jua tiada jawapan? biar masa yang menentukan, kerana yang terbaik itu perancangan Tuhan. tenanglah wahai jiwa, pulanglah pada Dia, percaya pada aturanNya, tidak sesekali Dia zalimi, hamba yang tulus mencintaiNya. aku diproses, kamu juga diproses. futur itu lumrah, sakit itu fitrah. katakan, perjuangan apa yang tidak menuntut pengorbanan? tiada, sama sekali tiada. maka, selamat berjuang sahabat. jihad terbesar itu melawan diri kita sendiri. cita-cita terbesar kita; menang, atau mati syahid, bukan? Masjid Darul Quran, 17 Disember 2019. catatan daripada Balqis 2023 : contengan ini masih relevan di masa kini. terima kasih Balqis 2019 kerana tidak berhenti berjuang, akan aku sambung perjuangan itu :’))