Aku dan Huruf Ra
"Hafazan kamu dah bagus, sekat sikit-sikit dekat ayat mutasyabihat tu biasalah. Cumanya, kamu kena perbaiki lagi makhraj huruf kamu, dan huruf ra' guna lidah tau", pesan Ustaz Jad yang merupakan seorang pegawai Yayasan Itqan, sejurus menguji (tebuk hafazan) aku Januari lalu. Aku sekarang sertai program halaqah hafazan Itqan, di bawah Yayasan Itqan. Setiap 5 juzu' yang ditasmi' (dihafal dan diperdengarkan), pelajar perlu melalui ikhtibar (ujian) dengan pegawai Itqan. Kalau lulus, baru boleh bergerak ke juzu'-juzu' seterusnya. Januari lepas, aku baru selesai tebuk 10 juzu', dan itu antara komentar ustaz.
Aku lepas dengar komen tu, tersengih jelah. Kantoi dengan ustaz aku tak guna lidah untuk sebut huruf ra. Aku sebenarnya kagum dengan ustaz. Sebabnya, jaranggg sangat ustaz/ustazah aku yang perasan aku sebut huruf ra tak guna lidah shsh. Dahla ikhtibar ni online, macam mana la ustaz boleh perasan. Selama perjalanan menghafal aku, aku tasmi'/talaqqi dekat ramai ustaz/ustazah. Dekat MASDAR sahaja dah berapa orang, kat DQ ada 2 ustaz dan 2 ustazah, dekat UIA, ustazah Itqan 2 orang, lepas tu aku tumpang students IRK talaqqi dengan ustaz IRK, tapi semua yang aku perdengarkan, setakat ni Ustaz Jad sorang ja yang perasan aku sebut huruf ra tak pakai lidah shsh.
Ustaz/ustazah banyak tegur aku yang huruf ra aku tak tebal, tu ja. Ra tarqiq, ustazah kata dah settle. Bila aku cerita aku tak pakai lidah sebut huruf ra, semua ustaz/ustazah hairan shsh. Aku dari kecik tak reti sebut huruf ra, tapi dulu lagi jelas lah. Sekarang, aku manipulate bagi seakan-akan dengar macam huruf ra tapi takpun. Cara dia, aku guna bibir bawah dengan belakang gigi atas. Ini ja yang aku mampu nak buat. Aku praktis nak bagi getarkan lidah, tak jadi-jadi masalahnya, geramm. Bukan aku tak praktis. Aku duduk sorang-sorang praktis, kadang tengah jalan pun aku praktis. Pastu tiba-tiba terserempak dengan orang lain, sangatlah memalukann shsh entah-entah diorang ni ingat aku sewel apa.
Perjalanan aku nak bagi boleh sebut huruf ra ni sangatlah panjang, sampai sekarang tak habis-habis lagi. Cumanya, aku dah boleh terimala yang aku tak boleh sebut. Kalau dulu, entahla, rasa insecure, malu, rendah diri, sedih, semuala. Dan ni antara sebab aku segan nak cakap depan orang, segan nak jadi imam. Sedih jugakla, aku dahla duduk dalam institusi tahfiz dah beberapa tahun, tapi makhraj pun tak settle - settle lagi. Macam, malunya kat orang.
Waktu aku form 1, aku pernah mengadu ni kat sorang ustazah. Ustazah ni dari Mesir, memang boleh cakap Arab ja, Melayu tak boleh langsung. Aku tak tahu macam mana aku cerita kat ustazah, tapi yang penting ustazah fahamla. Pastu ustazah pujuk, ustazah cerita Nabi Musa as pun ada kekangan dalam bercakap. Aku tak pasti ustazah cakap kekangan apa; pelat ke gagap sebab aku tak faham sangat Bahasa Arab masa tu, yang pasti baginda ada kekangan la. Tu antara sebab Nabi Musa as minta kat Allah untuk hantarkan Nabi Harun as sebagai teman, Nabi Harun as lebih fasih lisannya.
وَأَخِی هَـٰرُونُ هُوَ أَفۡصَحُ مِنِّی لِسَانࣰا فَأَرۡسِلۡهُ مَعِیَ رِدۡءࣰا یُصَدِّقُنِیۤۖ إِنِّیۤ أَخَافُ أَن یُكَذِّبُونِ
"Dan saudaraku - Harun, ia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersama-samaku sebagai penyokong yang mengakui kebenaranku; sesungguhnya aku bimbang bahawa mereka akan mendustakan daku". (Al-Qasas, 34)
Jadi ibrah dia, seorang nabi pun ada kekangan dalam berbicara, tapi adakah itu menghalang baginda untuk berdakwah, untuk buat kerja-kerja Islam? Tidak sama sekali. Kita boleh rasa rendah diri, itu satu perasaan yang bagus sebab Allah tak suka orang yang menyombongkan diri. Tapi, rasa rendah diri kita tu hanya untuk Allah, jangan sampai rasa rendah diri kita tu menghalang diri kita dari buat kebaikan. Jangan sampai rasa “aku tak layak” tu menyekat kita daripada memberi.
Ibrah kedua, kelemahan/kekangan/ketidaksempurnaan kita menunjukkan kita manusia, dan tidak ada salah dan tidak hina sama sekali. Nabi Musa as yang ada sedikit kekangan dalam berbicara pun Allah pilih untuk berdepan dengan tirani yang sangat 'hebat', kejam dan angkuh. Jadi point dia, jangan rasa down, insecure sangat.
Ok bai, tu ja. Sangatlah random entri kali ni, saja nak bagi hidup ja blog ni hewhew.
27 September 2023,
Bukit Istana.
Comments
Post a Comment