Posts

Women and Labour.

 Masa kelas Labour Theory and Policy yang pertama untuk semester ni, Dr Nahar buat quick survey dalam kelas. Dr tanya sisters, siapa tak nak kerja lepas graduate? Takde siapa jawab taknak. Dr tanya brothers pulak, prefer isteri kerja ke tak? Majority jawab tak. Menarik. Ahaha sebab lain dengan expectation dan hipotesis aku. So I found this topic is sooo interesting to be discussed. Dr tanya lebih lanjut, kenapa sisters nak kerja, dan aku faham sangat kenapa. Dan Dr tanya jugak brothers kenapa prefer isteri tak kerja, dan aku faham jugak jawapan brothers tu. Dr cerita personal opinion Dr yang Dr pun prefer isteri Dr tak kerja, dan memang bagi kebebasan dan pilihan untuk beliau tak bekerja. Benda ni memang debatable la, kalau kat twitter tu hampir setiap tahun recycle tajuk debat ni. Dan aku pun duk baca jugak pandangan-pandangan kedua-dua belah. Salah satunya yang dibahaskan oleh Buya Hamka dalam buku Berbicara Tentang Perempuan. Setelah timbang tara segala hujah, dan dengar penjela...

Bakti bergaji.

Biasanya, setiap kali kitorang (aku dan adik-beradik aku) nak kena balik hostel, kitorang ada satu habit ni tau. Dia macam malas-malas, tantrum sikit, sebab taknak balik. Dari sekolah menengah, sampailah dah besar panjang, semua orang sepesen je. Aku tak pasti kak yong macam mana, tapi kak ngah, kak de, aku, adik aku, semua sama. Bila sampai masa, sampai seruan kena balik hostel, semua cakap taknak balik sekolah, universiti, kerja, tak nak hadap realiti. Sebab rumah ni macam safe place kitorang. Ok kali ni aku nak cerita pasal kak de. Kak de dia houseman kat Terengganu, dan selalu jugaklah balik despite dia ada off day sehari ja seminggu. Tapi setiap kali balik sama ja shsh, so kali ni time dia dah nak kena balik untuk kerja esok, dia cakap kat ibu taknak balik, tak nak kerja. Pastu ibu cakaplah, “la, kak de kena lah balik, berbakti pada masyarakat, rawat diorang. Allah kira setiap kerja kak de, setiap bakti kak de sebagai ibadah”. Ibu sambung cerita pasal konsep ihsan. Kita, orang Isl...

tenang .

Haiiii hehe lama betul eh tinggal blog ni. Azam buat blog ni paling kurang satu entri sebulan shsh halal lah ek. Sebenarnya dari bulan 11 haritu dah ada entri, tapi padam sebab macam terlalu emosional hewhew. Bulan 12 haritu pun ada tulis, tapi archive jugak. Bulan 1 pun sama shsh sebab rasa macam oversharing. Sebenarnya hampir-hampir nak stop blog ni for good dan nak padam semua entri sebab macam terlalu open pasal kehidupan aku, dan macam takde guna pun. Tapi on a random day, ada kawan aku cakap terima kasih sebab menulis, dan berharap untuk aku terus menulis, sebab dia kata dia boleh relate dengan situasi aku tapi tak reti nak terjemahkan dengan kata-kata. Aku agak terkejut jugaklah, sebab aku serious ingat takde siapa pun baca blog aku, aku letak ja link ni dekat bio ig dengan twitter tapi tak pernah promote pun. Dan kitorang tak follow each other pun (ig dan twitter aku private sebab banyak merapu) so dia boleh tergerak hati untuk baca blog aku tu sangatlah random. So, to that par...

Economics 101

Lately, I find myself enjoying study economics. Soo much. Orang sekeliling aku pun perasan, kawan aku kata mata aku bersinar setiap kali cerita pasal economics, especially pasal macroeconomics. Haha, aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh tersuka. Aku masa sekolah menengah dulu aliran sains, dan aku tak tahu nak sambung apa untuk degree sebab semua benda aku minat. Say it; medic, sciences, linguistic (specifically Arabic), education, mathematics, architecture, semualah. Tapi masa tu aku minat lebih dekat subjek-subjek STEM kut, dan pemikiran aku macam lurus sikit. Kalau A, A lah, dia kurang ada ruang untuk jadi flexible camtu. Jadi aku kurang minat benda-benda yang berfalsafah, sejarah, dan mungkin social sciences (mungkin la, aku sendiri tak pasti aku punya minat masa tu). Jadi kalau orang tanya aku nak sambung apa, aku jawab aku nak ambil architecture. Sebab zaman ni aku sangat suka lukis bangunan, tambah pulak pergi Turki masa tu, jadi aku suka tengok Mimar Sinan punya architectu...

Tough Love

“Bal, love language hampa apa ea?” “Entahlah, kami pun tak sure. Awat weh?” “Takla, saja tertanya-tanya. Sebab nak kata physical touch memang out dah, nak kata words of affirmation hampa tak reti pujuk orang, nak kata quality time pun hampa tak keluar sangat dengan orang, act of service dengan giving gifts pun macam tak.” Aku lepas dengar kawan aku cakap ni, aku tergamam jap. Soalan ringan ni kawan aku tanya masa reunion (IMAGE) tahun lepas, tapi sampai sekarang buat aku termenung. Kira genap setahun dahla soalan ni bermain di ruang fikiran aku. Yang buatkan aku termenung panjang bukan pasal jawapan kepada soalan tu sangat, tapi aku fikir... Teruknya aku, takde love language.  Dalam erti kata lain, aku tak reti express kalau aku sayang seseorang. Atau yang lebih teruk, aku bukan seorang yang penyayang. Dang. Aku memang terkenal dengan karakter yang ego, jarang tunjukkan perasaan apa-apa. Aku allergic dengan perkataan rindu, sayang, jenis buat muka rimas kalau orang peluk ke a...

Catatan Ibu #2

*Entri ini ialah entri sambungan untuk entri "Catatan Ibu #1". Ibu bagi catatan ibu tu kat aku tahun lepas, Jun 2023. Respons aku lepas baca catatan tu, aku nangis haha. Susah betul jadi orang cepat beremosi ni shsh. Entahla, aku macam  mixed feeling. Seronok dan sedih dalam satu masa yang sama. Aku termenung panjang, fikir macam-macam. Kalau aku baca dalam keadaan aku mengetahui dan menyedari watak utama dalam catatan ibu tu ialah aku, aku rasa sedih. Sedih dan kecewa sebab beza betul aku zaman dulu dan aku zaman sekarang. Aku dulu sangatt innocent, sangat suci hatinya, dan sentiasa mencari jalan untuk terus dekat dengan Sang Pencipta. Kalau banding dengan sekarang, terlalu jauh bezanya :')) Minta maaf, Balqis 2010 :( Tapi kalau aku baca tu dengan tidak menisbahkan budak tu ialah aku, aku rasa terharu dan gembira 🥺 Aku rasa, pendidikan yang diberikan kat budak tu berjaya la. Sebab proses nak memahamkan dan menanamkan fikiran untuk mencari keseronokan dengan mendekatkan ...

Catatan Ibu #1

Ibu ialah antara satu sebab kenapa aku mulakan blogging ni shhs. Ibu sangat-sangat encourage anak-anak ibu menulis, masalahnya kebanyakannya (aku terutamanya) tak tertulis shssh. Kadang sebab terlupa, segan, tak sempat malas, dann 1001 alasan lagi 😆 Ibu pesan untuk tulis ja apa-apa, pengalaman kita, perasaan kita, pemikiran kita, catatan refleksi kita, semua tu dokumenkan. Sebab semuaa tu berharga, kalau bukan hari ni, dia akan berharga dia masa-masa depan. Dan pastinya, ibu bukan jenis tak walk the talk. Ibu pesan kat kitorang untuk tulis sebab ibu pun menulis. Dan ada satu catatan ibu yang ibu tulis lebih sedekad yang lalu yang buat aku termenung panjang lepas baca tu. So untuk beberapa entri ni, aku akan  share pasal catatan ibu dan refleksi aku pasal catatan tu. Macam biasa, sebab panjang sangat jadi aku akan bahagikan entri ni jadi beberapa bahagian. Bahagian pertama, pasal catatan ibu tu sendiri dan bahagian kedua, bahagian refleksi aku. Btw aku dah minta izin untuk ibu sha...