Women and Labour.

 Masa kelas Labour Theory and Policy yang pertama untuk semester ni, Dr Nahar buat quick survey dalam kelas. Dr tanya sisters, siapa tak nak kerja lepas graduate? Takde siapa jawab taknak. Dr tanya brothers pulak, prefer isteri kerja ke tak? Majority jawab tak.

Menarik. Ahaha sebab lain dengan expectation dan hipotesis aku.
So I found this topic is sooo interesting to be discussed.

Dr tanya lebih lanjut, kenapa sisters nak kerja, dan aku faham sangat kenapa. Dan Dr tanya jugak brothers kenapa prefer isteri tak kerja, dan aku faham jugak jawapan brothers tu. Dr cerita personal opinion Dr yang Dr pun prefer isteri Dr tak kerja, dan memang bagi kebebasan dan pilihan untuk beliau tak bekerja.

Benda ni memang debatable la, kalau kat twitter tu hampir setiap tahun recycle tajuk debat ni. Dan aku pun duk baca jugak pandangan-pandangan kedua-dua belah. Salah satunya yang dibahaskan oleh Buya Hamka dalam buku Berbicara Tentang Perempuan.

Setelah timbang tara segala hujah, dan dengar penjelasan dan pendapat daripada beberapa orang, buat masa sekarang, dengan ilmu terhad yang aku ada sekarang, aku personally dan theoretically memandang yang perempuan secara idealnya tidak bekerja, atas tiga faktor.

Satu, untuk tarbiyatul awlad. Memanglah pendidikan anak tu tanggungjawab kedua-dua ibu dan ayah, tapi perempuan ni nature dia mendidik. So, dia macam lebih sikit keperluan untuk berada lebih dekat dengan anak-anak, perlu lebih banyak masa dengan anak-anak. Pendapat aku kemungkinan bias sebab terhad pada pemerhatian aku terhadap orang terdekat aku ja, tapi aku rasa secara general, perempuan lebih natural dalam mendidik, terutamanya untuk peringkat atau usia awal kanak-kanak. Mungkin faktor kelembutan yang Allah bagi lebih pada perempuan, idk.

Dalam satu syair yang famous:

الأم مدرسة إذا أعددتها أعددت شعبا طيب الأعراق
Seorang ibu tu ialah madrasah pertama, apabila kamu mempersiapkannya, kamu mempersiapkan satu masyarakat yang baik pekertinya.

Kalau kita telusuri cerita-cerita ulama’ pun, kita boleh tengok di belakang figura seorang anak yang hebat, ada seorang ibu yang mempersiapkan dan mendidiknya; Imam Malik, Imam Syafie, Imam Bukhari dan ramai lagi.

Tapi again, aku tak nafikan yang kita pun perlukan wisdom dan didikan seorang ayah. Tak bermakna seorang ayah boleh melepaskan tanggungjawab mendidik solely kepada isterinya dan jadi absent father. Al Quran juga rakamkan kisah ayah-ayah yang hebat macam Luqmanul Hakim, Nabi Yaakub AS, Nabi Syuaib AS, Nabi Ibrahim AS dan seterusnya untuk dijadikan contoh. Dua-dua ibu ayah perlu, tapi seorang lelaki lebih diperlukan untuk mencari nafkah, jadi sebab tu aku berpendapat yang seorang perempuan lebih diperlukan dalam mendidik.

Ini berkait dengan faktor kedua aku, iaitu mencari nafkah tu ialah tugas seorang suami, seorang ayah, seorang lelaki, seorang wali, dan bukan seorang perempuan. Secara nature dan fitrahnya, Allah tetapkan begitu. Secara alaminya Allah kurniakan mereka perasaan dan kebolehan untuk memimpin dan melindungi. Kalau kita against nature atau fitrah tersebut, mungkin boleh bawa kepada konflik.

‫ٱلرِّجَالُ قَوَّ ٰ⁠مُونَ عَلَى ٱلنِّسَاۤءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضࣲ وَبِمَاۤ أَنفَقُوا۟ مِنۡ أَمۡوَ ٰ⁠لِهِمۡۚ 

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” (An-Nisa’: 24)

Secara normalnya seorang lelaki yang dah mukallaf yang perlu bekerja dan mencari nafkah. Tak salah perempuan sama ada anak ke, kakak ke, adik ke, isteri ke nak bekerja, tapi mereka membantu untuk meringankan beban, bukan di bawah tanggungjawab mereka. Kalau perempuan ambil alih tugas lelaki, nanti ada kecelaruan tugas dan kemungkinan membawa kepada konflik. “Ouh dia boleh buat sendiri, buat apa aku buat lagi?” Lama-lama boleh pudar sifat qawwam dalam diri seorang lelaki.

Tapi apa apa pun ini ialah secara general, tak terpakai untuk kes-kes yang special. Sama jugak macam Allah jadikan malam untuk tidur dan siang untuk bekerja, ini ialah fitrah. Kalau kita against fitrah ni, kemungkinan kita boleh sakit. Tapi ada kes yang kita perlukan orang-orang bekerja di waktu malam, dan rehat di waktu siang, contoh macam doktor-doktor. Kalau takde diorang ni, susah kita.

Balik semula ke perbincangan asal kita tadi, sama jugak. Kalau seorang ayah dah uzur dan takde anak lelaki, maka anak perempuanlah kena tolong. Kalau suami ada kekangan, masalah kesihatan dan sebagainya, jadi keperluanlah untuk seorang isteri itu mengambil alih tugas tersebut. Aku bukan kata yang perempuan tak boleh kerja atau tak boleh gaji dia lebih dari suami, tak. Cumanya, seorang perempuan tak boleh rasa dia yang lead keluarga tu, dia yang bertanggungjawab, dia yang ketua. Kita empower women bukan untuk menyaingi atau mengambil alih tugas seorang lelaki, tapi untuk melahirkan lebih ramai rijal yang qawwam.

Dan sambungan ayat atas tadi:

‫فَٱلصَّـٰلِحَـٰتُ قَـٰنِتَـٰتٌ حَـٰفِظَـٰتࣱ لِّلۡغَیۡبِ بِمَا حَفِظَ ٱللَّهُۚ‬

“Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.” (An-Nisa’: 24)

Lelaki perlu qawwam, dan perempuan perlu solehah, qanitah, hafizah. Ada satu lagi perbincangan tentang ni aku baca kat X, nah kalau tertarik nak baca hehe:
Btw aku rasa aku yang dulu (Balqis 2019 dan ke bawah) mesti tak sangka aku boleh tulis macam ni ahahah. Kalau baca entri aku pasal feminism and insecurity yang aku tulis tahun 2019 dulu, aku sangatlah keras kepala, ego kenapa lelaki yang selalu jadi ketua? Kenapa tak perempuan? Shshs sekarang aku sikit sebanyak fahamlah, dan aku sendiri taknak jadi ketua kalau dah ada lelaki yang competent dalam satu group tu.

Ok lastt faktor kenapa aku kata ideally perempuan tak sesuai bekerja, sebab boleh timbul fitnah. Pergaulan lelaki perempuan sesama colleagues atau sesama clients, pakaian (certain company ada dress code), dan macam-macam lagi lah. Topik ni aku rasa well known kut, suka ke tak suka aku kena terima yang perempuan ada banyak benda yang perlu dijaga untuk tutup pintu fitnah.

Jadi begitulah, semua faktor yang aku cerita tadi, menjadikan aku berpendapat yang idealnya, secara teorinya, perempuan elok tidak bekerja. Tapiii, secara realitinya, tak semudah itu, terutamanya di zaman ini. Jadi kalau berpijak di bumi yang nyata, aku berpendapat yang perempuan ada keperluan untuk bekerja.

Satu, of course, cost of living. Dengan inflation nya yang makin lama makin meroket tak setanding gaji yang ditawarkan, susah nak survive kalau sorang ja breadwinner. Unless you are born with silver or golden spoon. Aku belajar ekonomi, setiap hari main dengan data, kita tengok sendiri berapa gaji yang diperlukan untuk survive. Baru ni panduan belanjawanku batu keluar, dan dia tulis untuk survive di Lembah Klang, untuk pasangan yang tidak mempuyai anak, paling kurang kena ada RM4970 sebulan. Dengan underemployment nya, susahlah sikit kalau seorang ja yang bekerja.

Dua, sebab ada keperluan. I mean, keperluan perempuan untuk masuk dalam labour sector untuk kemajuan negara shshs over nau ayatnya. Tapi betul lah, ada bahagian atau sektor yang memerlukan perempuan. Dr Nahar cerita, bila ulama’ membahaskan tentang boleh ke tak perempuan bekerja, diorang bagi kelonggaran untuk dua sektor ni; satu nursing (atau doktor), dua bidang pendidikan. So tu dah dua bidang dah. Dan di zaman ni, aku rasa dengan peluang perempuan untuk dapatkan pendidikan lebih kurang sama dah dengan lelaki (bahkan, secara puratanya ratio perempuan berbanding lelaki kat universiti ialah 2:1), makin ramai perempuan bijak pandai. Dan aku rasa ada bahagian dan sektor yang memerlukan kepakaran dan insights daripada individu-individu wanita jugak. Dia bukanlah sebab dia perempuan, tapi sebab individu tu shsh faham ke. So kat situ ada keperluan untuk dia bekerja, meskipun dia perempuan. Kira macam untuk memenuhi fardhu kifayah la.

Dan untuk counter back argument aku tentang keperluan perempuan duduk rumah untuk mendidik anak-anak, aku rasa bila perempuan tu bekerja, tarbiyatul awlad tu masih boleh dilaksanakan. Kualiti masa yang diluangkan dengan anak tu lebih penting dari kuantiti. Biarpun sedikit masa yang ada, tapi masa yang ada tu digunakan secara maksimum. Aku bercakap berdasarkan pengalaman dibesarkan oleh kedua dua ibu ayah yang bekerja, tapi aku tak rasa kurang pun. Nak kata tak sibuk, tak jugak. Macam aku cerita kat entri sebelum ni, ayah aku kadang buat dua kerja, dan kedua dua ibu ayah aku ikut program NGO di samping kerja hakiki. Tapi alhamdulillah, aku tak rasa neglected atau tak cukup kasih sayang ke apa. So, possible la insyallah.

Tambah pulak bila sembang dengan kawan-kawan aku, campur dengan jawapan sisters masa Dr Nahar tanya, aku rasa di zaman ni, keperluan perempuan untuk bekerja tu makin tinggi. Antara jawapan yang diberikan, sebab dah invest dalam human capital (baca: tertiary education), so nak reap balik, nak recook, nak return on investment tu, kena kerja lah. Lagi-lagi kalau investment ni atas hutang; PTPTN, MARA, JPA, yang kena bayar balik sama ada kerja dengan diorang, atau pun tak. Aku buat assignment pasal cash waqf sem lepas, dan part aku, aku kena cari literature review/problem statement kenapa kena ada cash waqf ni. Bila aku tengok data laporan dari MOHE, dari 2015-2020, hampir 50% university students ambil PTPTN untuk fund diorang punya fees, setiap tahun. Ni baru PTPTN, belum lagi loan-loan yang lain. Bayanglah. So nak taknak kena kerjalah untuk bayar balik semua tu.

Dan antara jawapan yang aku dengar lagi, sebab expectation family, untuk jadi breadwinner of the family. Dan ini yang dihadapi oleh most of kawan aku, bukan seorang dua. Ada kawan yang jadi kakak sulung, jadi dialah yang kena tengokkan dan tolong adik-adik. Ada kawan aku yang bongsu, dan kakak abang dah berkeluarga, jadi berharap dia untuk tengokkan dan support mak ayah financially. Ada kawan yang ada kelebihan sikit berbanding adik beradik dia yang lain, jadi dialah harapan keluarga untuk support. Dan macam-macam lagi.

Sampai masa Dr tanya soalan tu, kawan aku kalih kat aku cakap, "aku tak pernah terfikir untuk tak kerja, tak pernah terlintas di fikiran aku yang aku akan ada pilihan tu" 🫠 Aku dengar tu tergamam sikitla, reflect what a big privilage I have, alhamdulillah.

Aku alhamdulillah, walaupun memang lah pasang impian dan usaha untuk memberi, menampung, membantu keluarga aku dari sudut financial, tapi mak ayah aku tak letak tu as tanggungjawab aku. Aku ada privilege untuk ada pilihan bekerja ataupun tidak. Jadi aku pun berharap makin ramai perempuan, kawan-kawan aku, ada peluang dan kebebasan untuk memilih, sama ada nak kerja ataupun tidak.

Tapi kalau orang tanya aku nak kerja ke tak, aku nak. At least buat masa sekarang, aku nak. Tak tahulah kalau nanti Allah rezekikan aku jadi seorang isteri dan seorang ibu (ameenn), keputusan aku akan berubah ke tak, tapi buat masa sekarang, aku nak.

Apart from getting income, aku nak kerja sebab aku nak memberi sesuatu. Aku teringin sangat ada buah fikir yang boleh bermanfaat dan boleh digunakan untuk memudahkan orang lain. Aku nak kerja aku, atau idea aku, menyebabkan people suffer less. Aku pun tak pasti macam mana shsh tapi at least pada peringkat awal, aku kena mingle around orang-orang yang berada dalam field tu, yang ada misi yang sama. Jadi aku kena kerja di bidang itu, atau paling kurang bekerja dengan orang-orang yang berada di dalam bidang itu.

Tak kisahlah membantu dari segi apa, tapi yang aku nampak sekarang dalam bidang ekonomi la. Mungkin nak kurangkan poverty ke, tolong suggest model education loan yang lebih sustainable ke, model untuk debt repayment ke, cara untuk boost up SMEs ke, cara untuk kurangkan harga rumah dan settle kan projek-projek rumah yang terbengkalai ke, takpun reform fiat money system ahah (tinggi sangat cita-cita ni dik 😌). Dunia memang dah keras, aku taknak orang makin suffer sebab sistem ekonomi ☹️

Ouh cakap pasal dunia makin keras ni, aku rasa ni influence aku belajar ekonomi shsh. Acap kali lecturer peringatkan kitorang yang "your time will be much tougher". Kitorang belajar pasal hutang negara makin meningkat, duit makin tak stabil, trade war, international conflicts, financial crisis, economic crisis, semua tu akan ada kesan pada rakyat dari segi harga barang, interest rate, bantuan-bantuan, subsidi, employment, macam-macam lah. Kitorang belajar based on data, berapa ribu ringgit perlu untuk survive di zaman ni, berapa ramai youth underemployed, betapa banyak automation take over kita punya job, dan macam-macam lagi. Terlalu banyak data presented yang menyebabkan aku makin lama makin takut. Sampai aku lupa tentang hakikat kehidupan, yang dunia itu keras, tapi Allah itu Maha Lembut, Maha Pemberi Rezeki.

Baru ni dalam halaqah akak naqibah aku cerita pasal konsep keberkatan dan rezeki. Dia bagi analogi simple ja, nasi lemak. Kita tahu nasi lemak tu harga dia RM2. Di mata kasar, RM2 tu RM2 la. Tapi Maha Suci Allah Pemberi Rezeki, dalam perjalanan kita nak pergi beli nasi lemak tu macam-macam boleh jadi. Orang bagi tumpang kereta lah, makcik tu bagi diskaunla, ada orang belanja siap dengan air lah, melalui pelbagai cara Allah boleh bagi. Tinggal yakin ja, dan usaha sebaiknya.

Hewhew, begitulah. Aku sebenarnya nak kena study untuk midterm International Finance ni, tapi benda ni duk berlegar dalam fikiran aku, jadi aku terpaksa curi masa ni untuk tulis gak. Ala kulli hal, ini semua pendapat aku di masa ini, dengan ilmu dan pengetahuan terhad takat ni. Di masa hadapan, mana tahu pendapat aku berubah kan? Sem ni aku ada kena buat assignment pasal determinants of women participation rate bawah subjek Labour Theory and Policy. Nanti kalau dah siap dan aku dapat insights baru mungkin aku akan update balik entri ni ataupun buat entri baru. Mungkin 🤷🏻‍♀️

8 Mei 2025,
Mahallah Safiyyah.

Comments

Popular posts from this blog

Tough Love

tenang .

Economics 101