Catatan Ibu #2

*Entri ini ialah entri sambungan untuk entri "Catatan Ibu #1".

Ibu bagi catatan ibu tu kat aku tahun lepas, Jun 2023. Respons aku lepas baca catatan tu, aku nangis haha. Susah betul jadi orang cepat beremosi ni shsh. Entahla, aku macam mixed feeling. Seronok dan sedih dalam satu masa yang sama. Aku termenung panjang, fikir macam-macam.

Kalau aku baca dalam keadaan aku mengetahui dan menyedari watak utama dalam catatan ibu tu ialah aku, aku rasa sedih. Sedih dan kecewa sebab beza betul aku zaman dulu dan aku zaman sekarang. Aku dulu sangatt innocent, sangat suci hatinya, dan sentiasa mencari jalan untuk terus dekat dengan Sang Pencipta. Kalau banding dengan sekarang, terlalu jauh bezanya :')) Minta maaf, Balqis 2010 :(

Tapi kalau aku baca tu dengan tidak menisbahkan budak tu ialah aku, aku rasa terharu dan gembira πŸ₯Ί Aku rasa, pendidikan yang diberikan kat budak tu berjaya la. Sebab proses nak memahamkan dan menanamkan fikiran untuk mencari keseronokan dengan mendekatkan diri dengan Allah ni, bukanlah sesuatu yang mudah. Proses dia panjang, dan perlu penglibatan ramai orang.

Pertama dan utamanya, mestilah perlu penglibatan mak ayah. Ibu dan ayah (ibu terutamanya) ialah madrasah pertama untuk seorang anak tu. Anak-anak sangattlah cepat absorb apa yang kita cakap, kita buat apa semua. Jadi pendidikan, atau lebih specific, tarbiyah tu, nak tak nak memang kena mula dari rumah. Dan ibu dan ayah aku memang sangat tip top dalam membesarkan kitorang dengan tarbiyah. Aku bila dah sampai umur yang kena fikir pasal bab-bab parenting ni, aku ada sedikit kegusaran yang aku tak mampu untuk bagi sebaik ibu ayah bagi kat kitorang :')) Tapi ala kulli hal, tugas kita sebagai manusia ialah berusaha dengan sebaiknya. Tugas kita bukan untuk menjadi sempurna :)

Next, cikgu. Ni pun antara yang sangat penting jugak. Dan di ruang ni, aku nak ucapkan jutaan berterima kasih kepada muallim muallimah aku kat SeRIIA dulu 🀍 Kadang orang nampak tugas cikgu, terutamanya cikgu sekolah rendah ni remeh, tapi hakikatnya diorang nilah antara yang paling penting, sebab diorang yang membentuk sifat dan akhlak anak-anak, dan yang tanamkan batu-batu asas dalam pemikiran diorang. Dan mendidik anak-anak di usia yang awal ni ibarat mengukir di batu, sukar untuk dipadam.

Aku tak ingat dan aku tak sebut kat ibu, muallimah mana yang cakap kat aku solat malam tu seronok. Jadi aku rasa, sebab bukan seorang muallimah yang cakap macam tu, ramai. Sebab kalau sorang ja yang jenis cakap solat malam ni seronok, sah aku akan ingat. Kiranya bukan satu individu ja yang faham tugas tarbiyah ni penting, tapi satu komuniti sekolah tu. Btw, dalam entri kali ni memang cakap pasal solat malam, tapi solat malam bukanlah satu-satunya benda penting yang nak diterapkan. Solat malam ni ialah salah satu buah daripada tarbiyah.

"It takes a village to raise a child." Proses tarbiyah bukanlah kerja seorang dua, melainkan tugas satu komuniti. Dan satu perkara yang aku nak puji muallimah aku (which is aku tak tahu siapa shsh), ialah macam mana dia cuba untuk terapkan pemikiran 'untuk mencari keseronokan dengan ketaatan (atau solat malam dalam konteks ni)' dalam pemikiran budak-budak lingkungan 9 tahun. Aku bila fikir balik, aku rasa aku tak tercakap benda-benda ni dekat budak umur 9 tahun. Aku fikir, mana lah diorang faham. Solat wajib pun entah-entah masih culas (aku sendiri macam tu). Kiranya pemikiran dan sangkaan aku meleset. Kanak-kanak umur ni curiosity diorang tinggi, rasa nak explore benda baru tu tinggi. Kalau tak diterapkan dengan benda yang sepatutnya, risau diorang cari makna kebahagiaan dan keseronokan tu melalui perkara yang lain.

Adakah aku menjumpai keseronokan dalam solat malam pada malam tu? Hehe, tidak. Umur aku 9 tahun kut waktu tu, aku tak betul-betul memaknai pun solat malam tu.
Jadi kiranya usaha muallimah tu sia-sia la? Tidak, sama sekali tidak. Aku rasa paling kurang ibu dan ayah menjumpai keseronokan pada malam tu. Dan untuk aku, aku menjumpai keseronokan tu lepas baca ibu punya catatan ni :) Memberikan aku harapan dalam pelbagai aspek. Tentang ketaatan, pendidikan, kekeluargaaan dan 1001 hal yang lain. Tentang keseronokan dalam solat malam tu, yang tu memang perlu didevelop lagi dan lagi, prosesnya tak terhenti. Tapi sekurang-kurangnya, muallimah dah letak batu asas tu, she has done her job really well.

Anyway, aku tak dapat recall insiden ni, takde dalam memori aku (terima kasih ibu sebab tulis hehe). Tapi setting penulisan ibu tu, aku ingat. Sebab itu memang kebiasaan dan benda normal dalam kehidupan aku seharian. Dan lepas aku membesar ni, lepas dah bergaul dengan orang ramai, baca kisah-kisah orang lain, baru aku tahu yang kebiasaan aku tu ialah satu privilege, yang kadang aku took for granted.

Contoh, pasal aku jadikan kain ihram ayah sebagai selimut. Nampak remeh ja, tapi bila ku fikir balik, aku suka pakai kain ihram ayah sebab ada bau ayah. Bila pakai tu dia rasa macam aku tengah peluk ayah, rasa ayah dekat. Kalau ayah outstation, lagilah aku akan peluk kain ihram tu. Dan benda ni takkan berlaku kalau aku tak rasa selamat dengan ayah. Disebabkan aku rasa sangat ayah qawwam, sifat melindungi ayah tu tinggi, jadi sebab tu aku rasa selamat dengan ayah, hatta dengan bau sahaja sekalipun. Dan bila aku dah besar, baru aku tahu tak semua 'ayah' macam tu. Tak semua orang direzekikan ayah yang melindungi, dan lagi teruk, ada yang menjadi pemangsa untuk anak-anak mereka sendiri 🀧

Contoh lagi, bila ibu tulis aku terjaga sebab ibu ambil adik daripada bilik tidur kitorang. Bila aku reflect balik, tu memang kebiasaan ibu. Setiap hari, dalam pukul 2-3 pagi macam tu, ibu akan pergi bilik kitorang, untuk check macam-macam, sama macam apa yang ibu tulis. Setiap hari, sejak ibu ada kitorang, hatta sampai sekarang. Lagi-lagi masa fasa aku sakit setahun dua yang lepas, ibu akan datang untuk check luka aku dah cuci ke belum, balutan terbukak ke tak, tangan yang kena operate tu tertindih ke tak, ada tak kakak-kakak lasak dan terkena kawasan tangan aku yang sakit tu, dan macam-macam lagi. Setiap hari. 29 tahun ibu ada kitorang, 29 tahun jugaklah tidur ibu tak nyenyak :')) Betapa besarnya kasih ibu.

Ok dan contoh last, bila ibu tulis pasal ibu tanya ayah dah siap ke slide presentation dan ayah kata belum, akan stay up sekejap untuk sambung buat tu. Tu aku ingat, sebab memang jadi kebiasaan (takla biasa sangat, tapi tak peliklah). Ibu dan ayah selalu bangun dan stay up untuk buat kerja. Kadang ayah ada kerja, ibu teman sambil buat kopi panas. Kadang ibu ada kerja, ayah teman. Kadang kalau ada kakak kat rumah (terutamanya kak yong), kakak akan teman stay up jugak. Yang pasti, aku tak pernah teman shsh sebab ngantukkk. Aku macam pelik betul, macam mana lah ibu ayah boleh kuat buat kerja sampai lewat malam, pastu pagi esok tu kena bangun awal siapkan kitorang dan pergi kerja lagi. Penat kutt.

Zaman aku sekolah rendah, zaman 2010 ni memang zaman yang agak struggle untuk ibu ayah dari sudut ekonomi. Sebab ni fasa anak-anak tengah membesar, dan banyak pakai duit. Aku ingat, zaman ni ayah buat dua kerja. Siang, kerja dekat Celcom. Malam, ayah jadi part-time lecturer. Adala dalam memori aku yang malam-malam ambil ayah kat UiTM lepas ayah habis kelas. Fasa tu, ayah mengajar, ibu tolong buat soalan dan marking paper (untuk subjek yang ayah mengajarla, subjek yang ibu mengajar memang ibu buat semua). Memang sangat struggle. Jadi ibu dengan ayah memang selalu bangun untuk solat malam, dan stay up terus untuk buat kerja.

Btw, disclaimer jap. Aku tak romanticise keadaan ni tau, romanticise struggle ibu ayah, romanticise capitalist system ni. The fact yang both ayah dan ibu kena kerja untuk keselesaan keluarga pun dah tunjukkan ada something wrong somewhere dalam sistem ekonomi kita, apatah lagi ayah kena kerja lebih dari 1 pekerjaan. Sistem ekonomi kita pun perlukan reformasi, tapi sementara nak tunggu perubahan tu berlaku, memang kena hadap je la dulu. Dah tak nak cakap panjang pasal ni, nanti dia jadi project paper pulak shhsh.

Ok sambung, aku pernah tanya ibu, "tak penat ke?" Ibu akan jawab, "selagi ada cinta, kita takkan lelah, chik". Aku bila dengar kali pertama tu macam tak boleh brain sikit. Cinta ni kalau kita belajar dalam peribahasa, kebanyakannya tunjuk yang cinta membawa kepada kelemahan. Macam mana kita boleh kuat dan hilang lelah hanya kerana cinta? Tapi makin aku besar, makin aku faham maksud ibu.

Betapa besarnya cinta ibu dan ayah kepada Allah yang pertamanya, sampai sanggup korbankan macam-macam untuk menjaga amanah (anak-anak) dengan baik. Dan betapa kasihnya ibu dan ayah kepada kitorang, sampai buat macam-macam untuk pastikan kitorang membesar dengan selesa dan mendapat didikan yang terbaik :'))

Cinta menyalurkan kekuatan, dan kadang mengubah kita menjadi lebih baik. Ibu bukanlah seorang yang jenis melawan, aku boleh kata ibu seorang yang reserved, most of the time ibu akan macam "takpa, biar ja". Tapi kalau sentuh pasal anak-anak, ibu akan jadi sangat defensive, dan sangatt berani. Dan cinta bukan setakat memberikan kekuatan emosi, kekuatan fizikal pun sama. Berapa banyak contoh ibu ayah yang aku saksikan 🀧🫢🏻

Dan bila aku makin besar, aku rasa being loved memang best. But to love, to have someone to love, is another wholesome level. Sebab bagi aku, dia macam a privilege untuk ada sesuatu atau seseorang yang we are willing to sacrifice our life for. Setiap hari, kita akan dapat kekuatan untuk buat perkara-perkara baru. Kita sentiasa ada perkara yang kita looking forward for.
Aku pernah mengalami satu fasa yang aku rasa aku tak ada sebab untuk hidup. Aku macam, aku tahu semua teori kenapa kita hidup apa semua, tapi masalahnya aku tak dapat rasa seronok untuk hidup tu (masa tu). Jadi sebab tu aku kata to love something, or someone is a privilege, tak semua orang ada rezeki tu :)

Jadi begitulah. Panjang refleksi ni, padahal untuk satu catatan ja hewhew. Tapi nampaklah, satu catatan tu mungkin nampak tak significant pun pada masa ia ditulis, tapi sangat-sangat berharga di masa hadapan. Jadi pesanan buat diri sendiri, tulisssss, jangan malas, jangan malu 😀 Tulis ja semua pemikiran, pengalaman, perasaan.

Ok dah tu ja. Byeee.

10 Mei 2024,
Mahallah Safiyyah.

Comments

Popular posts from this blog

Ramadan 1445h (2)

Rebound .

Tumbuh bersama JC 🌱