Bakti bergaji.

Biasanya, setiap kali kitorang (aku dan adik-beradik aku) nak kena balik hostel, kitorang ada satu habit ni tau. Dia macam malas-malas, tantrum sikit, sebab taknak balik. Dari sekolah menengah, sampailah dah besar panjang, semua orang sepesen je. Aku tak pasti kak yong macam mana, tapi kak ngah, kak de, aku, adik aku, semua sama. Bila sampai masa, sampai seruan kena balik hostel, semua cakap taknak balik sekolah, universiti, kerja, tak nak hadap realiti. Sebab rumah ni macam safe place kitorang.

Ok kali ni aku nak cerita pasal kak de. Kak de dia houseman kat Terengganu, dan selalu jugaklah balik despite dia ada off day sehari ja seminggu. Tapi setiap kali balik sama ja shsh, so kali ni time dia dah nak kena balik untuk kerja esok, dia cakap kat ibu taknak balik, tak nak kerja. Pastu ibu cakaplah, “la, kak de kena lah balik, berbakti pada masyarakat, rawat diorang. Allah kira setiap kerja kak de, setiap bakti kak de sebagai ibadah”.

Ibu sambung cerita pasal konsep ihsan. Kita, orang Islam untung. Kita buat kerja bukan sekadar dapat duit, tapi dapat pahala jugak. Pahala cari rezeki satu, pahala tolong orang pun satu. Jadi sebab tu kita kena buat yang terbaik, kita beautify kerja kita. Kita buat kerja, seolah-olah kita nampak Allah, jadi kita buat yang paling baik. Camtula.

Pastu aku tertanya-tanya, “kalau kak de dapat pahala sebab rawat orang, kak chik kalau kerja dalam ekonomi nanti apa bakti kak chik?”

Ibu cakap la kak chik lagilah, achik yang menentukan performance negara ni. Kak de kata, “kalau performance ekonomi negara teruk, habislah saya takde gaji” 😆 Aah, betul jugak kan?

Pastu aku tertanya lagi, “kalau ayah? ayah kan kerja dalam company yang profit driven”. *Ayah aku kerja dalam private company (telecommunication field).

Ibu: “Ayah dapat pahala memudahkan orang”

Kak de: “Bukan awak ke cakap haritu?”

Ouh aah. Aku baru teringat aku pernah cakap dekat kakak-kakak aku, sejak aku masuk ekonomi ni, aku sangat-sangat hargai setiap seorang yang bekerja. Sebab setiap seorang tu menyumbang kepada kemajuan negara. Hatta gerai-gerai jalanan, acik-acik cleaner, orang letak bata buat bangunan, semuaaa tu penting.

Indirectly, kita boleh kata yang bila kita bekerja, kita sebenarnya sedang berbakti. Dan untungnya jadi seorang muslim, segala bakti yang kita taburkan tu bukan ja dapat duit, tapi dapat jugak pahala kalau kita niat dengan betul.

Camtula.
Sebenarnya panjang lagi nak cerita tapi macam kena buat entri lain. So, tu sahaja kali nii, baii.


Mac 2025
Bukit Istana

Comments

Popular posts from this blog

Tough Love

tenang .

Economics 101