Posts

Rebound .

Baru-baru ni aku tengok story kawan aku, dia main bola jaring. Aku being aku, tengok sesuatu tu akan tertrigger memori-memori lain. Lagila kawan aku tu main position GS (Goal Shooter), which is position yang aku biasa dan suka main, jadi dia macam sangatlah menggamit memori. Rasa macam, “ouh agak-agaknya macam nilah aku dulu kut”.* Dan dalam banyak-banyak memori yang termain di fikiran aku, aku teringat satu perkataan yang majoriti GS dan GA (Goal Attacker) akan dengar, which is “rebound”. “Rebound” ni satu perkataan yang coach akan sebut kalau shooter misses the shot. Dah shoot, tapi bola tu tak masuk goal, jadi coach akan jerit “reboundddd”, untuk bagi peringatan kepada GS dengan GA untuk tak leka, ambil balik bola tu. Dan cuba untuk shoot bola tu lagi. Selagi bola tu tak dapat kat pihak lawan, bola tu milik kita. Cari peluang, rebut bola tu, bertenang dan shoot lagi. Kalau korang biasa tengok match netball, akan tahu betapa aggressive nya shooter waktu ni, untuk ambil balik bola tu....

Tumbuh bersama JC 🌱

JC ni ialah satu kelab yang aku masuk kat UIA. JC ni nama penuh dia Journalism Club, tapi sebenarnya dia takdela fokus pada journalism sangat. JC ni unik haha takmau cerita panjang pasal JC, kalau curious boleh masuk UIA sendiri dan cari 😆 #ytjt Dan semalam, AGM untuk tenure baru. Pejam celik pejam celik, setahun dah aku berkhidmat untuk JC ni. Nak cerita satu-satu, memang tak habisla cerita tu nanti. Aku rasa aku betul-betul tumbuh bersama JC ni biarpun secara terpaksa 😌 Tapi apapapun, aku yang merelakan diri untuk dipaksa so basically secara rela la (paksarela?). Aku yang merelakan diri untuk menjawat tugasan dan amanah ni, maknanya aku dah merelakan diri untuk melalui proses-proses didikan along the journey. In ‘haraki’ words, aku yang serah diri untuk ditarbiyah, jadi aku kena hadapla mehnah-mehnah dalam proses didikan tu. Tapi pastinya, proses didikan tu bukanlah sia-sia. Semalam macam termenung, terfikir beza betul aku sekarang dengan aku setahun yang dulu. In a good way alhamd...

Aku dan Huruf Ra

"Hafazan kamu dah bagus, sekat sikit-sikit dekat ayat mutasyabihat tu biasalah. Cumanya, kamu kena perbaiki lagi makhraj huruf kamu, dan huruf ra' guna lidah tau", pesan Ustaz Jad yang merupakan seorang pegawai Yayasan Itqan, sejurus menguji (tebuk hafazan) aku Januari lalu. Aku sekarang sertai program halaqah hafazan Itqan, di bawah Yayasan Itqan. Setiap 5 juzu' yang ditasmi' (dihafal dan diperdengarkan), pelajar perlu melalui ikhtibar (ujian) dengan pegawai Itqan. Kalau lulus, baru boleh bergerak ke juzu'-juzu' seterusnya. Januari lepas, aku baru selesai tebuk 10 juzu', dan itu antara komentar ustaz. Aku lepas dengar komen tu, tersengih jelah. Kantoi dengan ustaz aku tak guna lidah untuk sebut huruf ra. Aku sebenarnya kagum dengan ustaz. Sebabnya, jaranggg sangat ustaz/ustazah aku yang perasan aku sebut huruf ra tak guna lidah shsh. Dahla ikhtibar ni online , macam mana la ustaz boleh perasan. Selama perjalanan menghafal aku, aku tasmi'/talaqqi d...

MTHQK2023 : Satu Pengalaman (2)

MTHQK ni mula 11 Jun, habis 16 Jun 2023. Tapi kitorang kena datang 8 Jun lagi, sebab ada macam-macam. 8 Jun tu ada pemeriksaan kesihatan, tapi aku dengan Suhailah (kawan aku, dari UIA jugak tapi wakil negeri lain) tak habis lagi kelas, jadi kitorang datang lambat sikit. Sampai Pineng malam tu, kaunter pemeriksaan dah tutup. Esok tu, 9 Jun, takde apa-apa lagi, aktiviti bebas. Tapi masing-masing mengulang la. Malam tu, ada cabutan undi. Aku tak tahu nak rasa apa, doa bagi dapat yang terbaik ja. Dan Allah izin, aku dapat hari Selasa (13 Jun). Bagi aku, elok-elok la, tak terlalu awal sampai aku terkejut dan tak terlalu lambat jadi aku tak berdebar lama. Esok tu, 10 Jun, ada lawatan. Pihak penganjur (urusetia Pineng) sediakan lawatan untuk peserta-peserta ronda negeri Pulau Pinang. Tak wajib, siapa nak pergi boleh pergi. Kebanyakan orang tak pergi sebab nak bersedia untuk musabaqah, tapi aku rasa macam rugi kalau tak join, jadi aku join ja. Lagipun masa tu tak rasa berdebar lagi, tak rasa m...

MTHQK2023 : Satu Perjalanan (1)

Bulan lepas alhamdulillah aku direzekikan untuk sertai Majlis Tilawah dan Hafazan Quran peringkat Kebangsaan, mewakili negeri Perlis untuk hafazan kategori Juzu’ 1-10. Satu pengalaman yang sangatt berharga buat aku. Jadi sebelum aku terlupa macam mana perasaan aku sepanjang perjalanan ni, aku kena tulis kat sini. Aku bahagikan penulisan ni jadi dua bahagian; satu perjalanan dan satu pengalaman. Bahagian perjalanan menceritakan episod-episod dari mula aku tahu aku terpilih untuk ke kebangsaan, dan bahagian pengalaman cerita mengenai episod-episod sepanjang 10 hari MTHQK tu berlangsung. Ok jadi entri ni menceritakan bahagian perjalanan. Mulakan perjalanan musabaqah ni ialah kerja paling gila kut yang aku pernah buat sepanjang 22 tahun aku hidup. Gila sebab satu, aku tak masyi. Kalau banding dengan kawan-kawan aku yang jenis masuk musabaqah ni, memang jauh macam matahari dengan planet pluto. Jauh beza sangattt. Kedua, sebab aku penakut,  stage fright  tu dahsyat sangat-sangat. Or...

Mendewasa dalam dua versi

Image
Aku terjumpa coretan ni dalam buku Raudhah aku. Dan apa yang menariknya, dua-dua cerita pasal mendewasa, tapi dengan perspektif yang berbeza. Ayat-ayat coretan ni masih tergantung sebenarnya, tapi sengaja aku biarkan macam tu, nak tunjuk betapa aku kehabisan kata dalam memperincikan kekusutan ketika itu. Mendewasa versi pertama, ditulis pada Mac 2022. Masa tu aku serabutt sangat-sangat. Lumrah mendewasa, kita diasak untuk membuat pilihan, dan masa tu aku tak tahu nak pilih apa. Ikut kata hati atau prinsip? Dan dalam masa pergelutan/pertarungan dalam diri aku tu berlaku, dalam masa yang sama, aku tak boleh tinggalkan tanggungjawab-tanggungjawab di alam realiti. Jadi pada akhirnya aku kena paksa diri aku untuk meletak tepi sebentar urusan hati, dan fokus dulu untuk menyelesaikan urusan-urusan yang lebih mustahak itu. Mendewasa versi kedua, ditulis pada Jun 2022, 3 bulan selepas versi pertama. Masa tu, aku baru lepas deep talk dengan kawan aku. Dan masa tu aku baru tersedar, aku tak keseo...

ramadan 1444h

ramadan tahun ni, rasa berlalu dengan sangattt pantas. terlalu pantas. sedar-sedar, lagi sehari dua ja 🤧 rasanya salah satu faktor rasa masa ni cepat rasanya sebab sibuk. ala kulli hal, alhamdulillah, semua kesibukan yang aku hadapi tu tak membebankan, malah menyeronokkan. cuma nya... satu cons bila sibuk ni, tak terperasan yang aku ter’on’ button auto-pilot. membiarkan jasad aku bekerja, beribadah, tanpa menghadirkan hati. semua benda dah jadi macam rutin. dan kesibukan yang aku hadapi tu jadikan aku ‘numb’ dengan keadaan sekeliling. kalau terjemah dalam bentuk graf, aku punya graf kehidupan masa tu horizontal straight line, constant. diuji dengan apa-apa, terkesan sikit, tapi tak boleh sedih lama-lama sebab banyak benda nak kena buat, jadi paksa diri untuk jadi heartless. lama-lama terbiasa jadi heartless termasuk dalam bab ibadah :( sampailah kawan aku forward balik video aku bagi kulim (kuliah lima minit) 4 tahun lepas. video tu aku tak tengok dah lepas hantar sebab cringe d...