Rebound .

Baru-baru ni aku tengok story kawan aku, dia main bola jaring. Aku being aku, tengok sesuatu tu akan tertrigger memori-memori lain. Lagila kawan aku tu main position GS (Goal Shooter), which is position yang aku biasa dan suka main, jadi dia macam sangatlah menggamit memori. Rasa macam, “ouh agak-agaknya macam nilah aku dulu kut”.*

Dan dalam banyak-banyak memori yang termain di fikiran aku, aku teringat satu perkataan yang majoriti GS dan GA (Goal Attacker) akan dengar, which is “rebound”.

“Rebound” ni satu perkataan yang coach akan sebut kalau shooter misses the shot. Dah shoot, tapi bola tu tak masuk goal, jadi coach akan jerit “reboundddd”, untuk bagi peringatan kepada GS dengan GA untuk tak leka, ambil balik bola tu. Dan cuba untuk shoot bola tu lagi. Selagi bola tu tak dapat kat pihak lawan, bola tu milik kita. Cari peluang, rebut bola tu, bertenang dan shoot lagi. Kalau korang biasa tengok match netball, akan tahu betapa aggressive nya shooter waktu ni, untuk ambil balik bola tu.

Kalau termiss lagi shot tu, ulang perkara yang sama. Rebound. Rebut bola, bertenang beberapa saat, shoot.

Kalau 5 kali termiss shot, 5 kalilah coach akan sebut “rebound”. Adakah sebab shooter tak tahu yang dia kena rebut bola tu? Tak. Tapi sebagai peringatan kepada shooter tu untuk tak putus asa, masih ada peluang, cuba lagi. Jangan down hanya dengan satu kali termiss shot. Bangkit balik.

Jadi shooter ni besar pressure dia. Sebab dia penentu kemenangan team dia. Skillful mana pun kawan-kawan team dia untuk ambil bola dan bawak ke kawasan D (kawasan goal), tapi shooter ja yang boleh shoot bola tu ke dalam goal. Tugas shooter ni berat. Dalam masa yang sama, semangat shooter ni penting. Kalau shooter down, habislah team tu. Jadi, sangat penting untuk jaga semangat shooter tu, salah satu cara dia, kena peringatkan shooter ni yang dia sentiasa ada harapan. Miss satu shot, tak bermakna dia tak boleh rebound. Sentiasa ada peluang lain.

Jadi kenapa aku cerita benda-benda teknikal pasal bola jaring ni kat sini?

Haha, sebenarnya aku baru lepas recover dari satu fasa kejatuhan sikit. Benda normal**, rasa useless, buat semua benda tak betul, lost tak tahu nak buat apa, lebih kurang macam tu la. Aku tak tahu apa yang aku bagus. Nak kata dari segi akademik, markah quiz aku teruk. Dari segi quran, pun tak masyi-masyi. Dari segi tanggungjawab, pun banyak lompong. Dari segala aspek, aku tak perform. Nak cerita lebih-lebih tak boleh sebab sini public shsh tapi nak katanya aku di fasa yang aku buat semua benda, takde benda yang elok.

Ok aku cerita aspek yang kebanyakan orang boleh relate, which is belajar. Sem ni satu subjek biasanya ada 6-7 quiz, tak termasuk test. Kira setiap minggu tu paling kurang ada 3 quiz. Dan markah quiz aku, purata dia 5 per 20. LIMA PER DUA PULUH. Kalau tukar jadi peratusan, 25%, yang mana bermaksud gagal. Sebagai seorang yang tak pernah fail, dapat gred C pun sekali ja seumur hidup, markah quiz aku tu sangatlah… mengecewakan.

Adakah aku tak belajar? Kalau korang kenal aku, aku bukan seorang yang ambil remeh pasal pelajaran. Belajar macam apa dah, tapi tulah, Allah izin. Aku lepas dapat result quiz tu terdiam jap. Bukan sekali masalahnya, 3 quiz aku macam tu. Dan bukan 1 subjek markah macam tu. Beberapa subjek. Jadi aku tertanya-tanya, aku ni pandai apa jaaaa.

Begitulah. Jadi aku down beberapa hari, tapi macam-macam mana pun, masa tak menunggu kita. Lepas dah quiz, ada midterm. Aku dah macam taknak study dah. Study ke tak, sama ja result dia. Tapi tiba-tiba (Allah izin) classmate aku mintak nak study sekali. Aku pun ok jelah. Daripada dah fed up nak study, study dengan kawan. Dan alhamdulillah, rupanya Allah hantarkan kekuatan melalui jalan tu.

Aku tak cerita pun aku down ke apa, dan dia tak cakap apa pun pasal semangat ke apa. Cumanya, dia macam aku secara tak sedar memaksakan diri aku untuk ikut pace dia, secara tak sedar aku paksakan diri aku untuk bangkit, tak berlama-lama dalam fasa putus asa tu. Aku sangat bersyukur Allah takdirkan benda-benda ni berlaku. Kalau aku putus asa awal, memang hancurlah subjek tu. Midterm dahlah weightage dia besar, dan takde make up midterm. Quiz tu insyallah boleh diselamatkan lagi.

Jadi tula, aku ter relate la dengan situasi dalam bola jaring tu. Rebound. Bangkit semula. Lantun dengan lebih kuat.
Kita tak boleh elak fasa-fasa kejatuhan dalam kehidupan kita. Ni aku bagi contoh dalam aspek belajar tapi pastinya kita akan hadapi lagi banyakkk benda yang membuatkan kita rasa down. Fasa-fasa tu menunjukkan kita ni manusia. Tak salah untuk rasa down, yang salah bila kita pilih untuk berlama-lama dalam fasa tu. Bangkit balik. Cari apa sahaja cara untuk keluar dari fasa tu.

Pada akhirnya, keputusan untuk bangkit tu di tangan kita sendiri. Keluarga, kawan-kawan sekeliling kita boleh bagi support, tapi takkan jalan kalau kita memilih untuk kekal berada di takuk yang sama. Berbalik kepada situasi bola jaring tadi, sama jugak. Shooter ja yang boleh tentukan sama ada nak rebound atau tak. Kawan-kawan kat luar kawasan D dengan coach kat luar gelanggang boleh bagi sorakan dan sokongan, tapi shooter ja yang boleh gerakkan diri dia.

Aku tahu, cakap memang senang, kalau time kena uji tu shshs. Takpela, aku tulis entri ni sebagai peringatan untuk aku yang kita pernah hadapinya, dan kita boleh hadapinya di masa akan datang nanti. This too shall pass, bi iznillah. Sesukar manapun keadaan kita di masa akan datang, Allah takkan pernah tinggalkan kita. Jangan putus asa dengan rahmat Allah :)

23 Disember 2023,
Mahallah Safiyyah.

*Doakanlah aku sembuh sepenuhnya dan boleh main bola jaring balik :( Sumpah rindu.

**Baru ni aku sembang dengan kawan aku, dia kata dia tak pernah rasa futur yang sedih tu. Tak pernah rasa useless, rasa taknak hidup, benci diri sendiri etc. She is being honest and sincere, bukan mengejek, membongkak ke apa. Dia kata dia pernah rasa malas nak buat kerja macam tu ja. Dan kalau sedih, sedih sebab benda-benda yang jelas sebabnya. Contoh, sebab tak faham apa lecturer ajar, sebab jatuh basikal. Jadi aku tertanya-tanya, sebenarnya siapa yang normal siapa yang tak? Haha sebab aku rasa aku first time jumpa orang macam tu, dan dia first time jumpa orang macam aku.

Catatan daripada Balqis 17 Januari 2024:
Harini dapat balik kertas-kertas midterm, quiz dan test apa semua. Dan alhamdulillah, semua quiz dan test purata dia 17/20 🥺 Midterm 90% aaaa alhamdulillah thumma alhamdulillah. Kawan yang ajak study sekali pun dapat lebih kurang, masa dapat kertas-kertas tu balik tadi dua-dua macam nak nangis tak percaya shshsh. Alhamdulillah. Jadi pesanan buat Balqis akan datang, jangan berhenti berlari. Jangan cepat sangat putus asaaa. Rebound. Selagi ada masa.

Comments

Popular posts from this blog

Ramadan 1445h (2)

Tumbuh bersama JC 🌱