Posts

Recap 2022: Mengutip cebisan diri

Macam biasa, setiap kali hujung tahun aku akan reflect, recap apa yang aku buat sepanjang tahun tu. Apa yang aku belajar, apa yang aku sangat syukuri, apa yang aku kena perbaiki, semuala. Biasanya aku tulis dalam buku aku, tapi sajala tahun ni aku tulis kat blog hehe. Aku tahu, tahun baru sebenarnya tak memberi erti apa-apa pun, kita yang menjadikannya bererti dengan meletakkan nilai pada hari-hari tersebut. Tahun baru, hanyalah hari-hari biasa yang bertambah, tiada perubahan mendadak yang akan berlaku. Tapi still , aku suka untuk nilai aku punya progress perjalanan hidup berdasarkan tempoh setahun. Hujung tahun ni ibarat RnR bagi aku, sebelum aku gerak ke tahun-tahun seterusnya. Tahun ni, boleh kata tahun favourite aku haha (tapi masih tak boleh lawan 2018, ni tahun keemasan). Aku suka tahun ni sebab aku mula menjumpai diri aku semula. Secebis demi secebis, biarpun belum sempurna, tapi setidaknya aku beransur sembuh alhamdulillah. Dua tahun lepas ialah tahun-tahun yang sangat menyakit...

PRU 15

Image
Hari ni, 19 November 2022, hari mengundi untuk pilihanraya umum Malaysia yang ke lima belas. Nervous, aku pengundi buat kali pertama. Dan peluang untuk mengundi ni datang 5 tahun sekali ja. 5 tahun bukanlah satu tempoh yang pendek, macam-macam boleh jadi dalam tempoh tu. Dan pilihanraya kali ni, ramai anak-anak muda akan turun. Undi 18 dah diluluskan, bermakna semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas layak untuk mengundi, layak untuk menyumbang kepada penentuan takdir negara Malaysia. Lama aku ambil masa untuk fikir siapa yang aku akan undi. Dari tarikh PRU 15 diumumkan, sampaila pagi tadi, aku masih berkira-kira siapa yang aku akan pangkah dalam dewan nanti. Fikir tu dah macam nak jawab soalan exam. Yang mana yang paling membawa manfaat kepada Malaysia, dan mana yang paling sedikit membawa mafsadah kepada negara, juga kepada Islam. Undi calon atau parti? Ni pun antara soalan yang selalu berlegar dalam fikiran aku. Kalau tak nak pening-pening kepala, sebenarnya aku bole...

Feminism and insecurities

*Jangan tertipu dengan tajuk tau, tajuk ja nampak gempak. Tak, aku tak bahas apa tu feminism apa semua tu kat sini, bukan bidang aku, dan bukan minat aku untuk sentuh secara falsafah. Aku dari kecik banyak persoalan pelik-pelik, banyak benda aku nak bahas, banyak benda aku nak bidas kalau orang cakap apa-apa, tapi kebanyakannya aku diamkan sebab macam tak sesuai. Dan salah satu topik yang aku jarang cerita kat orang, pandangan aku tentang hak kesamarataan lelaki dengan perempuan ni. Aku tak suka budak laki dari kecik. Tak, bukan sebab aku suka perempuan, tak. Aku harap orang tak salah faham. Aku tak suka sebab entahla, banyak sebab. Waktu kecik aku tak suka sebab budak laki nakal (aku sampai doa tak nak adik lelaki). Pastu bila dah besar sikit, aku jealous. Aku rasa diorang lebih bebas, lebih dianggap kuat, lebih dalam pelbagai hal. Aku selalu cemburu dengan kebebasan yang orang lelaki ada. Nak pergi mana-mana, diorang lebih bebas berbanding perempuan. Perempuan digalakkan ada...

Saat kematian terasa sangat dekat

Lama betul ea tinggal blog ni, lebih separuh tahun haha. Susah nak istiqamah menulis ni, walaupun tulis merapu-rapu tapi tetap susah nak konsisten. Banyak ja sebenarnya nak ditulis, dalam draf tu ada lima-enam yang diarkib, tapi tak tersambung atas macam-macam faktor. Salah satu dia, sebab rasa cringe shsjsj. Tapi bila fikir balik, buat apa nak rasa cringe. Kita menulis bukan nak bagi orang lain baca, kita menulis untuk diri kita sendiri ja. Kita yang akan datang, akan sangat menghargai penulisan-penulisan kita yang hari ini. Perasaan dan pemikiran kita akan berubah seiring waktu, tapi penulisan kita- abadi. Atas asbab itu, aku paksakan diri aku untuk tulis jugak hari ini. Sepanjang aku tinggal blog ni, banyak sangat benda yang berlaku. Habis ja semester 2 haritu, aku plan nak habiskan cuti semester dengan duduk turki dengan kak ngah, dalam 2 bulan macam tu. Pastu alang-alang kak ngah nak gi umrah dengan kawan-kawan dia, nak ikutla sekali. Alhamdulillah Allah izin aku sempat jalan-jala...

Gelisah tanda cinta

Image
Hari ni, 7 April 2022. Genap 5 tahun aku khatam hafazan al-quran. Tak akan lupa momen tu :’)) Dan tak kan lupa tarikh keramat ni (salah satu sebab dia sebab Kak Nuha akan peringatkan setiap tahun, macam mana nak lupa? 😂) Dan tahun ni, dah masuk tahun kedua keluar dari institusi tahfiz. Dua tahun tanpa biah, mengharapkan diri sendiri yang kena pandai bawak diri. Berjaya ke tak? Pastinya ke laut. Teruk sangat. Tapi alhamdulillah, aku dikurniakan circle yang selalu ingatkan pasal kepentingan menjaga Quran ni. Setiap masa diorang akan peringatkan pasal kepentingan menjaga Quran, kelebihan sentiasa dekat dengan Quran, dan apa akibat kalau kita tinggalkan al-quran. Diorang takdelah tegur direct, diorang cuma selalu up status, retweet, repost dan kadang-kadang tulis pengalaman dan fikiran diorang mengenai al-quran. Tapi benda-benda ni sangat-sangat bagi kesan kat aku. Aku bukan jenis yang menjaga Quran, jauh beza kalau bandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain. Diorang punya usaha nak jaga...

Qanaah

Ni saja ja nak tulis, random thoughts :)   Duduk sorang-sorang, teringat balik macam, beza nya pemikiran kita dulu dengan sekarang. Ada bahagian yang aku suka aku yang dulu, tapi ada jugak yang aku bersyukur aku berubah. I used to be soooo competitive. Dari kecik. Nak buat yang terbaik, nak jadi yang terbaik, nak bagi yang terbaik. Sentiasa ada kayu ukur, target, goals. Kalau tak berjaya lepasi standard yang ditetapkan sendiri, akan kecewa sangat-sangat dan akan salahkan diri sendiri. Teruk jugakla. Waktu sekolah rendah pernah dapat Math 96 rasanya pastu balik rumah nangis sebab tak dapat 100. lol, teruk gila. Nak kata ibu ayah paksa, tak. Takde siapa pun paksa, marah-marah kalau dapat rendah. Takde siapa kecuali diri sendiri. Dan Allah izin pada kebanyakan waktu, aku dapat penuhi standard-standard yang ditetapkan. Dapat capai apa yang aku hajati. Pelajaran, sukan, kokurikulum, skill,  quran, banyak sangat Allah mudahkan. Tapi dua tiga tahun ni, rasa sangat Allah nak didik. Di...

Ketidakseragaman

Hai, buat yang masih tak kenal, nama saya Balqis dan saya sangat susah untuk konsisten. Sekejap pakai saya, sekejap pakai aku, pakai kami, sekejap tulis macam orang dewasa, pastu tulis macam budak-budak. Itulah saya, sorry 🤧 Blog ni memang dicipta untuk itu. Untuk embrace  setiap sudut yang saya ada. Tempat untuk dump  apa yang difikir, dirasa dan apa sahaja yang terlintas. Memang direka khas untuk saya merapu. Ouh saya dah publish  semula penulisan-penulisan saya zaman 3 tahun lepas. Dulu archive sebab rasa macam hipokrit. Tulis benda-benda macam tu, tapi realiti sangat berbeza dengan apa yang ditulis. Tapi bila fikir balik, kita kan manusia. Kita sentiasa dalam proses untuk menjadi insan yang kebih baik, hari demi hari. Dan dengan menulis, kita tengah peringatkan diri kita sendiri sebenarnya :)