PRU 15
Hari ni, 19 November 2022, hari mengundi untuk pilihanraya umum Malaysia yang ke lima belas. Nervous, aku pengundi buat kali pertama. Dan peluang untuk mengundi ni datang 5 tahun sekali ja. 5 tahun bukanlah satu tempoh yang pendek, macam-macam boleh jadi dalam tempoh tu.
Dan pilihanraya kali ni, ramai anak-anak muda akan turun. Undi 18 dah diluluskan, bermakna semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas layak untuk mengundi, layak untuk menyumbang kepada penentuan takdir negara Malaysia.
Lama aku ambil masa untuk fikir siapa yang aku akan undi. Dari tarikh PRU 15 diumumkan, sampaila pagi tadi, aku masih berkira-kira siapa yang aku akan pangkah dalam dewan nanti. Fikir tu dah macam nak jawab soalan exam. Yang mana yang paling membawa manfaat kepada Malaysia, dan mana yang paling sedikit membawa mafsadah kepada negara, juga kepada Islam.
Undi calon atau parti? Ni pun antara soalan yang selalu berlegar dalam fikiran aku. Kalau tak nak pening-pening kepala, sebenarnya aku boleh ja tak mengundi terus, buat undi rosak ke, ikut ja keluarga atau kawan-kawan punya pilihan, tak de siapa pun yang tahu, dan tak perlu susah-susah. Satu undi ja kut? Apalah sangat satu undi dalam belasan juta undian yang lain, kan?
Secara aggregate, kalaulah mentaliti orang fikir satu undi tu tak bermakna, maka punahlah Malaysia macam ni. Belasan juta undi tu datang dari individu-individu jugak, bukan datang sekaligus. Satu undi mampu menjadi penentu satu keputusan tu.
Dan kalau untuk aku sendiri, aku rasa tak puas hati. Kita buat apa-apa pun, kita kena buat yang terbaik. Pilih pemimpin pun pilihlah yang terbaik. Study dulu, kita memilih dengan keyakinan, kesedaran dan kefahaman. Jangan ikut orang ja, ikut sebijik-sebijik apa yang dihidangkan dalam media sosial. Walapun kita pun tak tahu sama ada undi kita tu diterima ataupun tidak, boleh jadi tercicir, rosak, ter’buang’, terlepas pandang atau macam-macam kebarangkalian lain lagi, tapi paling kurang, kita dah tunaikan tanggungjawab kita. Dan walaupun calon yang kita pilih atau parti yang kita pilih tu tak menang nanti, tak apa. Tanggungjawab kita sebagai pengundi dah selesai.
Benci macam mana pun dengan orang-orang politik, atau dengan politik tu sendiri, kita tak boleh tutup mata terhadap realiti. Kita kena cakna jugak dengan isu-isu semasa sekarang. Kita tak boleh pentingkan diri sendiri, kena tengok jugak keadaan orang sekeliling kita. Kalau kita rasa selesa dengan keadaan sekarang, tiada apa yang perlu diubah, mungkin kita belum cukup mengenali dunia luar.
Walaupun aku tak terlibat terus dengan kes-kes yang berlaku di sekeliling aku, tapi aku menyaksikan perjuangan rakyat di sekeliling aku. Rakyat jaga rakyat. Dari kes hari pertama PKP, macam mana rakyat tolong satu sama lain, offer tempat tidur, offer bas untuk siswa siwi balik rumah, pastu bantuan masa PKP, inisiatif kibarkan bendera putih untuk minta bantuan, pastu banjir, macam mana rakyat guna asset sendiri untuk tolong orang lain yang tiada pertalian darah dengan dia sekalipun, sumbang pakaian, makanan, tempat tidur, and the list goes on.
Malaysia is worth fighting for. Kalau bukan kita yang berjuang mempertahankan dan berjuang untuk memperbaikinya, siapa lagi? Takkan nak panggil penjajah balik, tolong jajah dan tolong majukan balik negara kita ni? Dan jangan sebab kita putus asa dengan negara kita, kita migrate. Tak menyelesaikan masalah apa pun.
Apa-apa pun, moga keputusan yang keluar malam ni, keputusan yang terbaik buat Malaysia. Kita sebagai pengundi, dah selesaikan tanggungjawab kita. Aku harap parti mana-mana pun yang menang, masing-masing jalankan amanah masing-masing. Nak lompat parti mungkin dah tak boleh, tapi nak gabung parti tu macam ada kemungkinan. Aku harap takla. Rakyat dah pilih yang tu, yang tu jela, tak payahla nak gabung-gabung pulak. Dan kalau kerajaan bertukar, pembangkang pulak jadi kerajaan, aku harap diorang tunaikan janji-janji diorang. Jangan jadi progresif masa jadi pembangkang ja, masa jadi kerajaan relax, taknaklah.
Kalau diorang tak tunaikan janji-janji diorang, sesiapapun mereka, aku doa balasan yang setimpal untuk mereka. Di dunia dan di akhirat. Tak larat tengok orang atasan berebut kuasa macam apa, rakyat yang kat bawah ni, merana. Akhir kata, selamat maju jaya Malaysia :)
19 November 2022,
Bukit Istana.
Comments
Post a Comment