Gelisah tanda cinta
Hari ni, 7 April 2022. Genap 5 tahun aku khatam hafazan al-quran. Tak akan lupa momen tu :’)) Dan tak kan lupa tarikh keramat ni (salah satu sebab dia sebab Kak Nuha akan peringatkan setiap tahun, macam mana nak lupa? 😂) Dan tahun ni, dah masuk tahun kedua keluar dari institusi tahfiz. Dua tahun tanpa biah, mengharapkan diri sendiri yang kena pandai bawak diri. Berjaya ke tak? Pastinya ke laut.
Teruk sangat.
Tapi alhamdulillah, aku dikurniakan circle yang selalu ingatkan pasal kepentingan menjaga Quran ni. Setiap masa diorang akan peringatkan pasal kepentingan menjaga Quran, kelebihan sentiasa dekat dengan Quran, dan apa akibat kalau kita tinggalkan al-quran. Diorang takdelah tegur direct, diorang cuma selalu up status, retweet, repost dan kadang-kadang tulis pengalaman dan fikiran diorang mengenai al-quran. Tapi benda-benda ni sangat-sangat bagi kesan kat aku.
Aku bukan jenis yang menjaga Quran, jauh beza kalau bandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain. Diorang punya usaha nak jaga Quran tu, sangat-sangatlah tiptop. Jenis bangun pagi sebelum Subuh mengulang, dalam train mengulang, kat mana-mana mengulang. Aku sampai satu tahap, malu nak kawan dengan diorang. Bukan malu, macam segann.
Ada satu fasa, aku hampir putus asa dengan Quran. Sampai satu tahap, hampir rasa menyesal hafal Quran. Rasa macam, kalau tak hafal langsung kan lagi bagus? Sebab Quran ni komitmen sampai mati. Kalau baca kawan-kawan punya status/story pasal Quran, mesti cepat-cepat skip. Sebab... Rasa bersalah. Rasa sangat yang semua tu dituju untuk aku. Tahu dan sedar apa yang aku buat ni salah. Tahu. Tapi tak aku akukan. Rasa gelisah setiap kali tengok Quran (sebab tahu aku tak pikul amanah dengan baik) tapi cepat-cepat singkirkan rasa gelisah tu, cuba untuk hidup macam biasa.
Sebenarnya, rasa gelisah tu tanda kita masih ada cinta terhadap Quran. Kena jaga rasa gelisah tu, jangan singkirkan, jangan buang. Jaga dan ubati dengan tindakan yang betul. Perbaiki balik hubungan dengan Quran tu. Petik kata-kata Kak Syaurah, “takdir tak pernah salah kerana memilih kita menjadi penghafaz al-quran; bukan kita tak mampu, tetapi hakikatnya kita tidak bersungguh. Masa khusus untuk mengulang Quran pun tiada lagi, takkan nak bercerita tentang ingat al-quran. Mulalah walaupun satu hari cuma dua ayat”.
Waktu aku baca ni, sejujurnya rasa harsh. Tapi itulah fakta. Rasa gelisah sahaja tak memadai, kena tukarkan rasa tu kepada tindakan. Mula. Semula. Walaupun dah lama mana kita tinggalkan, sejauh mana pun kita dah terpesong, tak pernah terlambat untuk kita mula semula :) Selagi nyawa dikandung badan. Dan pastinya, nak mula semula tu bukanlah mudah. Mungkin mudah di fasa awal, tapi untuk konsisten tu ialah sesuatu yang mencabar. Jadi kena bersungguh cari cara untuk disiplinkan diri kita balik. Buat sistem, cari kawan yang boleh bantu kita, dan sentiasaaaa doa. Sebab kita on our own bukanlah sesiapa. Allah jualah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Al-quran tu berat, ya. Tapi bukan beban untuk kita. Allah sentiasa ada untuk kita. Rasa tak mampu macam mana pun, dengan pertolongan Allah, tiada yang mustahil. Nak cipta kita yang kompleks ni pun Allah mampu, apalah sangat nak bagi kita istiqamah dengan Quran. Dan Allah sangat suka kalau kita minta pada Dia. Jadi, jangan lepaskan peluang ni :) Lagi-lagi bulan Ramadan ni.
Kepada kawan-kawan bal yang baca ni, jazakunnallah khairan jaza’ atas semua peringatan. Terima kasih sangat-sangat sebab selalu post pasal al-quran kat mana-mana pun. Walaupun kami tak interact dengan post tu, tak reply status/story tu, ketahuilah kami sangat-sangat terkesan dengan setiap satu peringatan tu. Moga kita semua dapat istiqamah ameeeennn.
Nah belanja satu gambar. Credit to: Hasanah.
Comments
Post a Comment