Posts

{tergendala}

Bismillah, buat yang selalu update dengan blog ini, aku memohon maaf kerana senggang kali ini agak lama. Ada beberapa perkara yang aku harus dapatkan kesahihan dan pencerahan daripada ustaz - ustaz sebelum meneruskan penulisan blog ini. Menulis blog yang  berfakta atau ‘formal’ ini mempunyai cabarannya tersendiri. Aku sudah jelas akan hal ini sebelum memilihnya sebagai jalan penceritaan blog ini. Dan pastinya, risiko dalam ketidakpastian sumber, fakta yang lemah, itulah yang menjadi cabaran buatku ketika ini. Namun tidak mengapa, kerana kita semua sedang diproses. Kesalahan - kesalahan yang telah aku lakukan sebelumnya akan menjadi peringatan - peringatan di kemudian hari. Dan kata salah seorang murobbiku, Cg Saadan, kita perlu ada banyak ‘tajribah’ (pengalaman) dan untuk mengadakannya, perlu bermula dari sekarang. Perlu lakukan apa yang kita boleh lakukan kini.

Kesimpulan

Kata Imam Hassan Al Banna dalam Ayyuha Syabab : “Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya.  Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda. Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah. Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan; malahan angkatan pemuda j...

SIFAT RIJAL #3

SIFAT RIJAL KETIGA : Benar dalam berjanji dan jujur Firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 23 : مِّنَ   ٱلۡمُؤۡمِنِينَ   رِجَالٞ   صَدَقُواْ   مَا   عَٰهَدُواْ   ٱللَّهَ   عَلَيۡهِۖ   فَمِنۡهُم   مَّن   قَضَىٰ   نَحۡبَهُۥ   وَمِنۡهُم   مَّن   يَنتَظِرُۖ   وَمَا   بَدَّلُواْ   تَبۡدِيلٗا Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. Berlawanan dengan sifat orang munafiq, seorang rijal ialah seorang yang benar dalam berjanji dan seorang yang jujur. Dia akan berusaha sebaiknya untuk mengotakan janjinya terhadap sesiapapun, Allah, rasul dan manusia-manusia di sekelilingnya. Tutur kat...

SIFAT RIJAL #2

SIFAT RIJAL YANG KEDUA : Hidupnya sentiasa bergantung kepada akhirat. Firman Allah dalam surah An Nur, ayat 37 : رِجَالٞ   لَّا   تُلۡهِيهِمۡ   تِجَٰرَةٞ   وَلَا   بَيۡعٌ   عَن   ذِكۡرِ   ٱللَّهِ   وَإِقَامِ   ٱلصَّلَوٰةِ   وَإِيتَآءِ   ٱلزَّكَوٰةِ   يَخَافُونَ   يَوۡمٗا   تَتَقَلَّبُ   فِيهِ   ٱلۡقُلُوبُ   وَٱلۡأَبۡصَٰرُ (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. Seorang rijal sentiasa melihat dunia melalui kaca mata akhirat. Segala tindakannya bermatlamatkan akhirat. Wawasannya jelas, dan dia mempersiapkan sebaiknya untuk kehidupannya yang kekal di sana. Setiap apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya, dia akan melaksanakan dengan bersungguh-...

SIFAT RIJAL #1

SIFAT RIJAL YANG PERTAMA : Hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa menyucikan hatinya. Firman Allah dalam surah At Taubah, ayat 108. لَا   تَقُمۡ   فِيهِ   أَبَدٗاۚ   لَّمَسۡجِدٌ   أُسِّسَ   عَلَى   ٱلتَّقۡوَىٰ   مِنۡ   أَوَّلِ   يَوۡمٍ   أَحَقُّ   أَن   تَقُومَ   فِيهِۚ   فِيهِ   رِجَالٞ   يُحِبُّونَ   أَن   يَتَطَهَّرُواْۚ   وَٱللَّهُ   يُحِبُّ   ٱلۡمُطَّهِّرِينَ Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). Seorang rijal perlu mencari jalan untuk sentiasa mempertingkatkan kekuat...

RIJAL

RIJAL Insyaallah, artikel pertama ini aku dedikasikan buat diri ini terutamanya agar sentiasa beringat untuk menjadi seorang rijal yang amat diperlukan di kala ini. Juga buat kalian yang membacanya, moga terinspirasi dan mendapat manfaat. Rijal sekiranya diterjemahkan terus dari bahasa arab bermaksud lelaki. Namun sebenarnya menyimpan beberapa makna yang lain sebagaimana yang diperkenalkan dalam kalamNya. Perkataan rijal disebut beberapa kali dalam alquran, secara tepatnya dalam 27 ayat dan di 28 tempat. Rijal boleh dikira sebagai sifat. Seseorang yang mempunyai sifat ke’rijal’an patut dijadikan contoh kita semua. Mengapa kita perlu memupuk sifat ini, kita akan bincangkannya di akhir artikel ini. Sifat rijal ini tidak terbatas kepada jantina dan usia. Sesiapapun boleh menjadi seorang rijal, asalkan dia berhajat kepadanya. Memandangkan tajuk ini agak panjang, aku tidak berhajat untuk mem’publish’kannya serentak, melainkan sedikit demi sedikit. Beberapa subtopik yang akan...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Aku memulakan penulisanku secara rasminya pada umur di mana Usamah bin Zaid diangkat menjadi panglima perang, iaitu 18 tahun. Umur di mana seseorang itu sudah bisa memimpin suatu angkatan tentera di zaman Rasulullah tapi amat ‘gharib’ untuk anak muda pada usia ini berbicara mengenai islam di zaman ini. Moga Allah permudahkan dan moga Allah redha.