SIFAT RIJAL #2
SIFAT RIJAL YANG KEDUA :
Hidupnya sentiasa bergantung kepada akhirat.
Firman Allah dalam surah An Nur, ayat 37 :
رِجَالٞ لَّا تُلۡهِيهِمۡ تِجَٰرَةٞ وَلَا بَيۡعٌ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَإِقَامِ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءِ ٱلزَّكَوٰةِ يَخَافُونَ يَوۡمٗا تَتَقَلَّبُ فِيهِ ٱلۡقُلُوبُ وَٱلۡأَبۡصَٰرُ
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
Seorang rijal sentiasa melihat dunia melalui kaca mata akhirat. Segala tindakannya bermatlamatkan akhirat. Wawasannya jelas, dan dia mempersiapkan sebaiknya untuk kehidupannya yang kekal di sana. Setiap apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya, dia akan melaksanakan dengan bersungguh-sungguh.
Dia bukan sahaja bekerja untuk dirinya semata-mata, malah dia bijak mencari peluang-peluang yang membolehkan dia membawa masyarakat lebih dekat dengan Allah. Zahirnya dia melakukan perkara-perkara yang kebiasaan orang buat, namun kerana berorientasikan akhirat, hasilnya luar biasa. Belajarnya, kerjanya bukan semata-mata untuk dirinya dan orang-orang terdekatnya sahaja malah untuk ummat. Agar boleh menjadi orang yang bermanfaat untuk ummah, agar menjadi antara tangan-tangan yang membangun ketamadunan ummah semula. Dan mereka inilah sebaik-baik manusia seperti yang disebut oleh rasulullah saw.
Atas matlamatnya yang benar dan keazamannya yang tinggi, perjalanannya sentiasa menjadi sebuah keseronokan baginya. Sekiranya dia mengalami fasa-fasa kejatuhan, dia akan segera bangkit kerana cita-citanya besar; menang, atau mati di jalanNya. Dan dia sentiasa percaya dan yakin bahawa Allah tidak akan membiarnya bersendirian. Maka atas keyakinan itu semangatnya senantiasa membara.
Di kala remaja kini larut dengan kenikmatan dunia, seorang rijal tidak terpengaruh dalam kelalaian. Pemikirannya matang diikuti dengan tindakannya. Begitulah sifat rijal yang kedua.
♥️😭
ReplyDeletealways support my girl in everything you do💜
ReplyDelete