RIJAL
RIJAL
Insyaallah, artikel pertama ini aku dedikasikan buat diri ini terutamanya agar sentiasa beringat untuk menjadi seorang rijal yang amat diperlukan di kala ini. Juga buat kalian yang membacanya, moga terinspirasi dan mendapat manfaat.
Rijal sekiranya diterjemahkan terus dari bahasa arab bermaksud lelaki. Namun sebenarnya menyimpan beberapa makna yang lain sebagaimana yang diperkenalkan dalam kalamNya. Perkataan rijal disebut beberapa kali dalam alquran, secara tepatnya dalam 27 ayat dan di 28 tempat.
Rijal boleh dikira sebagai sifat. Seseorang yang mempunyai sifat ke’rijal’an patut dijadikan contoh kita semua. Mengapa kita perlu memupuk sifat ini, kita akan bincangkannya di akhir artikel ini. Sifat rijal ini tidak terbatas kepada jantina dan usia. Sesiapapun boleh menjadi seorang rijal, asalkan dia berhajat kepadanya.
Memandangkan tajuk ini agak panjang, aku tidak berhajat untuk mem’publish’kannya serentak, melainkan sedikit demi sedikit. Beberapa subtopik yang akan dibincangkan antaranya ialah :
1. SIFAT-SIFAT RIJAL
2. IKON-IKON RIJAL
3. MENGAPA KITA PERLU MENJADI SEORANG RIJAL?
1. SIFAT-SIFAT RIJAL
2. IKON-IKON RIJAL
3. MENGAPA KITA PERLU MENJADI SEORANG RIJAL?
Comments
Post a Comment