Posts

Gelisah tanda cinta

Image
Hari ni, 7 April 2022. Genap 5 tahun aku khatam hafazan al-quran. Tak akan lupa momen tu :’)) Dan tak kan lupa tarikh keramat ni (salah satu sebab dia sebab Kak Nuha akan peringatkan setiap tahun, macam mana nak lupa? 😂) Dan tahun ni, dah masuk tahun kedua keluar dari institusi tahfiz. Dua tahun tanpa biah, mengharapkan diri sendiri yang kena pandai bawak diri. Berjaya ke tak? Pastinya ke laut. Teruk sangat. Tapi alhamdulillah, aku dikurniakan circle yang selalu ingatkan pasal kepentingan menjaga Quran ni. Setiap masa diorang akan peringatkan pasal kepentingan menjaga Quran, kelebihan sentiasa dekat dengan Quran, dan apa akibat kalau kita tinggalkan al-quran. Diorang takdelah tegur direct, diorang cuma selalu up status, retweet, repost dan kadang-kadang tulis pengalaman dan fikiran diorang mengenai al-quran. Tapi benda-benda ni sangat-sangat bagi kesan kat aku. Aku bukan jenis yang menjaga Quran, jauh beza kalau bandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain. Diorang punya usaha nak jaga...

Qanaah

Ni saja ja nak tulis, random thoughts :)   Duduk sorang-sorang, teringat balik macam, beza nya pemikiran kita dulu dengan sekarang. Ada bahagian yang aku suka aku yang dulu, tapi ada jugak yang aku bersyukur aku berubah. I used to be soooo competitive. Dari kecik. Nak buat yang terbaik, nak jadi yang terbaik, nak bagi yang terbaik. Sentiasa ada kayu ukur, target, goals. Kalau tak berjaya lepasi standard yang ditetapkan sendiri, akan kecewa sangat-sangat dan akan salahkan diri sendiri. Teruk jugakla. Waktu sekolah rendah pernah dapat Math 96 rasanya pastu balik rumah nangis sebab tak dapat 100. lol, teruk gila. Nak kata ibu ayah paksa, tak. Takde siapa pun paksa, marah-marah kalau dapat rendah. Takde siapa kecuali diri sendiri. Dan Allah izin pada kebanyakan waktu, aku dapat penuhi standard-standard yang ditetapkan. Dapat capai apa yang aku hajati. Pelajaran, sukan, kokurikulum, skill,  quran, banyak sangat Allah mudahkan. Tapi dua tiga tahun ni, rasa sangat Allah nak didik. Di...

Ketidakseragaman

Hai, buat yang masih tak kenal, nama saya Balqis dan saya sangat susah untuk konsisten. Sekejap pakai saya, sekejap pakai aku, pakai kami, sekejap tulis macam orang dewasa, pastu tulis macam budak-budak. Itulah saya, sorry 🤧 Blog ni memang dicipta untuk itu. Untuk embrace  setiap sudut yang saya ada. Tempat untuk dump  apa yang difikir, dirasa dan apa sahaja yang terlintas. Memang direka khas untuk saya merapu. Ouh saya dah publish  semula penulisan-penulisan saya zaman 3 tahun lepas. Dulu archive sebab rasa macam hipokrit. Tulis benda-benda macam tu, tapi realiti sangat berbeza dengan apa yang ditulis. Tapi bila fikir balik, kita kan manusia. Kita sentiasa dalam proses untuk menjadi insan yang kebih baik, hari demi hari. Dan dengan menulis, kita tengah peringatkan diri kita sendiri sebenarnya :)

Hujan dan kenangan

Image
Sekarang dah masuk musim tengkujuh. Sejuk. Dan... Sayu. Haha, tak tahu kenapa, tapi bila hujan ni, lagi-lagi musim hujan, dia rasa macam sayu macam tu. Bukan sendu. Tak tahula. Dia macam, tiba-tiba teringat kenangan-kenangan dulu. Musim tengkujuh kan biasanya hujung tahun, dan hujung tahun biasanya cuti sekolah. Jadi, bila masuk musim tengkujuh, auto teringat kenangan-kenangan masa cuti sekolah. Kalau waktu kecik-kecik dulu, cuti sekolah memang jarang kosong. Ibu memang akan susun jadual kitorang supaya masa cuti tak terbazir. Masa kakak-kakak tak masuk asrama lagi, biasanya ibu akan hantar kitorang ramai-ramai belajar al-quran kat masjid negeri, setiap hari. Syok sangat-sangat. Adik belajar mengaji, kitorang semua yang lain masuk kelas hafazan. Dan kat situ jugaklah kami start  belajar harfiyah dan start  minat bahasa arab, dan al-quran.  Bagi kami, al-quran dan bahasa arab ni saling berkait. Kami minat nak hafal quran sebab bahasa arab, dan minat bahasa arab sebab ...

“Tak takut ke?”

Baru-baru ni ada kawan datang rumah, niat nak ziarah sebelum aku masuk ot. Kalau ikut plan asal, doktor jadualkan aku masuk ward 16 Nov, masuk ot esok tu. Tapi Allah izin, tak jadi sebab ada kekangan (panjang cerita dia, cukuplah sampai sini ja). Sembang-sembang dengan dia, cerita perjalanan, pengalaman aku dari awal sampaila ke hari ni. Dari mula-mula sakit tahun 2018, masuk ward kat Kedah seminggu sebelum SPM, sambung masuk ward kat Kuantan dalam 5-6 kali, berapa kali minor operation, berapa kali major, cerita macam mana keadaan dalam ot, macam mana rasa lepas sedar, (sakit dia memang sampai terpaksa ambil morfin), tak masuk lagi kadang-kadang ada komplikasi bila keluar ot, sakit tekak, cornea abbreation,  macam-macam la. Cerita memang detail la dekat dia. Pastu last tu dia tanya, “Tak takut ke? Ke sebab dah biasa?” Waktu jawab tu, jawab spontan jela, cakap hmm mungkin sebab dah terbiasa. Tapi bila dia balik, lama termenung. Betul ke tak takut? Sejujur-jujurnya, waktu ...

the eleventh hour.

(Spoiler alert! *untuk siapa yang belum baca contengan jalanan, tidak digalakkan baca coretan ini) “ The man that decided to change on the twelfth hours died at the eleventh ” - Contengan Jalanan, Hlovate. Ni antara ayat dan novel yang kami paling suka dalam banyak-banyak karya Hlovate. Sebab kami boleh relate dengan diri sendiri. Buku ni kami baca lama dah, rasanya kali terakhir baca 5 tahun yang lepas tapi jalan cerita dia masih lekat, dan sangat-sangat memberi kesan kat kami. Dia cerita pasal penghijrahan seorang remaja (remaja ke? belia rasanya sebab dalam 20-an macam tu). Watak dia sangat dekat. Seorang pelajar universiti, umur 21-22 macam tu, dan berada dalam fasa mencari makna hidup yang sebenar. Mencari makna kebahagiaan yang hakiki. Di akhir perjalanan dia, dia dijemput menemui ilahi. Biasa dah menangis atas kematian watak fiksyen. Tapi bila watak ni yang meninggal, dia rasa macam terkedu jap. Speechless. Sedih memang sedih tapi dia lebih kepada tergamam. Sebab kita meletakkan...

Kalam, Amal, Ikhlas, Istiqamah.

 Cg Azmi pernah kongsi, medan terendah ialah kalam, diikuti dengan medan amal, ikhlas, dan yang paling tinggi ialah istiqamah. Bagi aku, kata-kata ni sangat dekat dan sangat relatable . Sampai bila-bila pun, kita akan diuji dengan semua ni. Kalau bukan amal, ikhlas. Kalau bukan ikhlas, istiqamah. Medan kalam ialah medan terendah sebab mudah untuk kita bertutur, memberi nasihat, cadangan atau kritikan. Kalau bukan dalam bentuk tutur kata, penulisan pun dikira sebagai kalam. Macam apa yang aku buat sekarang ni :)  Senang ja nak cakap. Tapi kita akan diuji atas setiap apa yang kita cakap, setiap apa yang kita tulis. Untuk tengok sejauh mana kebenaran dalam tutur kata kita. Sejauh mana usaha kita dalam mempraktikkan kalam kita. Dan ni antara sebab aku berhenti lama dari menulis. Sebab bila kita tulis penulisan-penulisan yang berbaur nasihat (tak lain tak bukan untuk penulis itu sendiri sebenarnya), dua tiga hari lepas tu mestii akan diuji dengan apa yang aku tulis. Mesti. Tak pern...