the eleventh hour.
(Spoiler alert! *untuk siapa yang belum baca contengan jalanan, tidak digalakkan baca coretan ini)
Ni antara ayat dan novel yang kami paling suka dalam banyak-banyak karya Hlovate. Sebab kami boleh relate dengan diri sendiri.
Buku ni kami baca lama dah, rasanya kali terakhir baca 5 tahun yang lepas tapi jalan cerita dia masih lekat, dan sangat-sangat memberi kesan kat kami. Dia cerita pasal penghijrahan seorang remaja (remaja ke? belia rasanya sebab dalam 20-an macam tu). Watak dia sangat dekat. Seorang pelajar universiti, umur 21-22 macam tu, dan berada dalam fasa mencari makna hidup yang sebenar. Mencari makna kebahagiaan yang hakiki.
Di akhir perjalanan dia, dia dijemput menemui ilahi.
Biasa dah menangis atas kematian watak fiksyen. Tapi bila watak ni yang meninggal, dia rasa macam terkedu jap. Speechless. Sedih memang sedih tapi dia lebih kepada tergamam. Sebab kita meletakkan diri kita di tempat watak utama tu. Tapi beza dia, watak utama tu pengakhiran dia, dah diketahui. Kita, belum tentu. (Btw, watak utama tu meninggal pada usia muda, tu yang lebih terasa.)
We all sins differently. Kita semua ada benda yang kita struggle untuk buat, atau struggle untuk tinggalkan. Kita semua. Atas kasih sayang dan rahmat Allah, Allah sorokkan segala aib kita dari pandangan manusia. Hakikatnya, kalau Allah singkap, nauzubillah, takde sapa sanggup dekat dengan kita.
Proses hijrah tu panjang, berliku-liku dan tak akan habis. Setiap hari kita berjuang dengan diri kita sendiri, dengan nafsu kita. Dan akan ada masa kita tewas. Pernah terfikir, macam, kenapa Allah ciptakan futur ea? Kenapa kita tak boleh sama ja dengan malaikat, tak pernah mengingkari perintahNya. Penat tau futur ni. Penat sebab kadang rasa macam takde harapan. Rasa macam takde jalan keluar. Jatuh, jatuh, dan terus jatuh.
Fikir punya fikir, time halaqah Allah izin mak cik (mas’ul) sentuh pasal benda ni. Mak cik cakap, kita ni, Allah ciptakan kita lemah supaya kita selalu bergantungharap kepada Allah. Cuba bayang kalau kita ni sempurna? Kalau kita ni takde dosa? Mesti kita akan kurang berdoa, merintih kepada Allah. Jadi, bila kita futur ni, mintalah dengan Allah. Tiada yang mustahil dengan kuasa Allah. Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Dan tugas kita, berusaha. Natijahnya, Allah yang tentukan.
وَٱلَّذِینَ جَـٰهَدُوا۟ فِینَا لَنَهۡدِیَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Al-Ankabut : 69)
Kita usaha, itu yang penting.
Dan kalau jatuh, bangun semula.
Bukankah rahmat Allah itu tersangat luas?
Kita tak tahu bila kita akan dijemput. Tapi kita boleh tentukan bila kita nak berubah, menjadi insan yang lebih baik. Tak perlu sempurna, kerana kita manusia. Cukup sekadar kita berusaha semaksimanya untuk menggapai redhaNya.
Moga kamu, aku, dan semua insan yang berusaha, bermujahadah untuk menjadi lebih baik, menemui pengakhiran yang baik. Moga kita sempat berubah sebelum tibanya the eleventh hour.
*sorry point berterabur :) moga ada manfaat
Comments
Post a Comment