Hujan dan kenangan
Sekarang dah masuk musim tengkujuh. Sejuk. Dan... Sayu. Haha, tak tahu kenapa, tapi bila hujan ni, lagi-lagi musim hujan, dia rasa macam sayu macam tu. Bukan sendu. Tak tahula.
Dia macam, tiba-tiba teringat kenangan-kenangan dulu.
Musim tengkujuh kan biasanya hujung tahun, dan hujung tahun biasanya cuti sekolah. Jadi, bila masuk musim tengkujuh, auto teringat kenangan-kenangan masa cuti sekolah.
Kalau waktu kecik-kecik dulu, cuti sekolah memang jarang kosong. Ibu memang akan susun jadual kitorang supaya masa cuti tak terbazir. Masa kakak-kakak tak masuk asrama lagi, biasanya ibu akan hantar kitorang ramai-ramai belajar al-quran kat masjid negeri, setiap hari. Syok sangat-sangat. Adik belajar mengaji, kitorang semua yang lain masuk kelas hafazan. Dan kat situ jugaklah kami start belajar harfiyah dan start minat bahasa arab, dan al-quran.
Bagi kami, al-quran dan bahasa arab ni saling berkait. Kami minat nak hafal quran sebab bahasa arab, dan minat bahasa arab sebab alquran. Walaupun dulu tak faham sangat pun apa yang ustaz ajar, tapi seronok. Mungkin cara ustaz tu ajar jugak kut. Moga Allah sentiasa rahmati ustaz tu, serious tak ingat ustaz mana, nama apa.
Pastu kalau tahun yang takde kursus tu, biasanya mintak dengan ibu nak balik kampung. Biasanya kami dengan kak de lah. Habiskan sebulan dua dekat kampung haha best sangattt. Tapi tak tahulah macam mana tok jaga kitorang dulu, sebab dua-dua jenis buas. Dahla dua orang, lagi panjang akal buat macam-macam. Main hujan dengan sepupu, naik basikal keliling kampung, kutip daun inai nak buat inai, main congkak sampai tengah malam, pastu kena marah dengan tok >< lol semua tu kenangan. Rindu.
Pastu masa 2013 macam tu rasanya, Pahang banjir besar. Ingat lagi satu malam, ayah keluar dengan pak cik-pak cik sahabat, untuk misi banjir, pastu balik dalam pukul 3 pagi macam tu, kejut kitorang semua. Rupa-rupanya masa tu air dah lebih paras longkang. Cepat-cepat selamatkan apa yang patut, pastu pindah ke pejabat haluan. Sahibah ramai-ramai tidur situ, sahabat tidur rumah pc zakhir. Pengalaman sungguh. Kat pejabat haluan tu tiba-tiba takde elektrik. So, guna lilin ja.
Tahun depan tu, ayah pergi luar negara. Bila ayah takde kat rumah ni, dia rasa macam.. auto tak selamat. Takut kejadian yang sama berulang, ibu sewa rumah tamu uitm, kitorang duduk situ lama la jugak. Sebab risau kalau air naik tiba-tiba macam tahun lepas.
Pastu zaman masuk masdar, rasa macam takde kenangan sangat, sebab masdar biasanya cuti lambat dan sekejap ja. Jadi banyak masa habiskan kat masdar. Mungkin kalau hari-hari hujan, duk bancuh air coklat sambil cicah biskut kat surau kut. Duduk kat situ tenangkan diri. Takpun duduk menyendeng kat bilik warden sambil perhati amani goreng cucur ngan keropok. Pastu, buat muka malu tapi mahu bila zah offer 😂
Fast forward, tahun lepas. Tahun lepas musim hujan banyak habiskan waktu dekat hospital. Dahla kat ward memang kerja tidur ja, hujan pulak hmm ngam. Baca berita dari twitter ja, jalan mana tutup sebab banjir apa semua. Biasanya kalau zaman biasa, akan turun sekali untuk misi banjir ngan pc2 mc2 sahabat sahibah n pastinya, dengan kawan-kawan sekali. Ouh pastu tahun lepas surgery kami pernah kena tangguh sehari sebab doktor tak boleh masuk Pahang. Dr berulang, KL-Phg, sekali tu jalan tutup sebab banjir. So, terpaksa tunda.
Tak tahu kenapa nak cerita. Dan tak tahu kenapa selalu teringat kenangan. Ayah selalu pesan, jangan selalu sangat ingat benda-benda dah lepas, fokus benda-benda sekarang dan yang akan datang. Huhu, macam berat ja. Teringat quote tere liye dalam hujan, sat nanti kami letak gambar. Btw buku ni best, sapa tak baca lagi bacala tauuu. ok dah bye.
Comments
Post a Comment