Ramadan 1445h (2)

Satu benda yang best bila kita buat catatan ni, kita tahu apa yang berlaku sebelum ni dan kita boleh improve dan perbaiki kesalahan-kesalahan kita berdasarkan catatan-catatan kita. Dan macam dalam catatan aku Ramadan yang lepas, kesalahan aku ialah terlalu sibuk sampai kurang penghayatan jiwa terhadap Ramadan tu. Jadi, tahun ni, kena improvee.

Azam aku Ramadan kali ni, untuk fokus lebih kepada kualiti berbanding kuantiti. Takpa ja kalau aku mengulang *** juzu' ja sehari, asalkan aku allocate lebih masa untuk tadabbur. Takpa ja aku solat *** rakaat ja tarawih, asalkan aku bersungguh dalam berdoa. Dan alhamdulillah, komitmen aku pun dah makin kurang berbanding tahun lepas, jadi aku kurang terkejar-kejar.

Progress so far? Haha, agak mencabar. Ingatkan senang, rupanya boleh tahan jugak eh shsh. Mencabar part nak seimbangkan untuk aku tak terlalu mengejar kuantiti dan terlalu relax dalam beribadah. Shshs bila tak letak rigid target ni, disiplin ni kurang sikitla. Ralit sikit, boleh hanyut terus.

Ok done part reflection. Aku sebenarnya nak cerita pasal satu doa dalam Quran ni. Doa ni, aku dulu tak faham sangat apa maksud sebenar dia.

فَسَقَىٰ لَهُمَا ثُمَّ تَوَلَّىٰۤ إِلَى ٱلظِّلِّ فَقَالَ رَبِّ إِنِّی لِمَاۤ أَنزَلۡتَ إِلَیَّ مِنۡ خَیۡرࣲ فَقِیرࣱ ﴿ ٢٤ ﴾


Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan". (Al-Qasas, 24)


Aku tahu cerita di sebalik doa ni. Cerita pasal Nabi Musa AS lari daripada orang yang kejar dia, sampai satu tempat, lepas dah tolong anak Nabi Syuaib AS, dan dengan rasa lapar apa semua, baginda sebut doa ni.

Tapi part yang aku tak faham, kenapa Nabi Musa AS tak doa specific terus? Bagi aku doa ni agak general, seolah-olahnya terjemahan dalam bahasa aku, "Ya Allah, bagi jela aku apa-apa, aku ok ja semua benda", lebih kurang macam tula. Kenapa Nabi Musa AS tak doa terus, "Ya Allah, kurniakanlah aku makanan, tempat tinggal, dan sebagainya." Tapi aku tahu pemahaman aku salah, sangat salah. Aku tahu doa ni bukan macam apa yang aku terjemahkan. Sebab mana mungkin Allah rakam satu cerita, satu doa, melainkan dia sangat significant dan agung?

Aku cuba fahamkan ayat dan doa tu, tapi masih tak berjaya. Aku cari penerangan-penerangan pasal doa ni, tapi aku masih tak boleh relate. Sampailah tahun ni, baru aku faham dan boleh relate dengan doa dan dengan situasi Nabi Musa AS.

Bila aku hit my lowest point, baru aku boleh relate dengan doa ni. Macam biasa, baru-baru ni aku hadapi lagi fasa-fasa lost. Orang yang selalu baca blog aku mesti dah muak baca perkataan lost ni kan? Shshs sorryla tapi nak buat macam mana, fasa-fasa lost ni selalu sangat jenguk aku. Tapi ala kulli hal, alhamdulillah. Akan ada ja cara Allah hantar untuk bimbing balik.

Ok back to the story. Kali ni aku rasa lost sebab aku takut dengan masa depan. Aku takut banyakkk benda. Macam mana aku aku kehilangan orang yang aku sayang? Macam mana kalau aku tak mampu hadapi masa depan? Macam mana kalau benda-benda di masa depan tak macam apa yang aku expect? Macam mana kalau aku tak kuat? Macam mana kalau aku gagal? Macam mana kalau aku tak memenuhi expectation orang lain? Dan 1001 'macam mana' lagi. Dan ketakutan-ketakutan aku tu berasas. Means, chances untuk perkara-perkara yang aku takut berlaku tu tinggi. Aku memasuki Ramadan dengan berita yang meresahkan hati. And what if things just get worse? :(

Jadi pada momen tu, doa tu sangat dekat dengan aku. Aku takde benda yang aku yakin akan work well, jadi aku takde apa yang aku boleh depend on. Katakanlah ada satu aspek yang aku yakin benda tu akan berjalan dengan lancar, jadi kalau aku kehilangan aspek yang lain takde la aku sedih sangat. Tapi kali ni, betul-betul aku lost. Takde satu aspek pun yang aku yakin aku mampu untuk lakukan dengan sendiri.

Jadi doa ni antara doa yang aku duk ulang kebelakangan ni. Walaupun terjemahan ke bahasa aku lebih kurang sama ja dengan sebelum ni, tapi feel dia berbeza. Terjemahan yang sama, "Ya Allah, tolonglah bagi ja aku apa-apa yang baik untuk aku, aku ok ja. Aku sangat-sangat memerlukannya", tapi kali ni, dalam keadaan aku sangat-sangat memerlukan apa sahaja kebaikan yang Allah nak bagi. Aku menyerahkan segala urusan aku kepada Allah. Sebab kalau ikut pandangan naif aku sebagai manusia, this is the end.

Tapi itulah, kalau aku letakkan urusan aku di tangan aku, memang takde yang boleh aku jamin kejayaannya. Tapi bila aku letakkan urusan-urusan aku kepada Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, aku akan lebih tenang. Dan selagi perkara-perkara yang aku takutkan tu belum berlaku, aku masih ada masa dan peluang untuk berdoa. Doa boleh mengubah takdir (bacaan lanjut : Mufti WP - Doa dan takdir). Dan di bulan Ramadan ni, eloklah aku transform ketakutan-ketakutan aku kepada doa-doa dan lebih yakin dengan Allah Al-Hafiz, Al-Qadir, Ar-Razzaq, Al-Bari', Al-Mujib.

17 Mac 2024 (6 Ramadan 1445h),
Masjid SHAS UIA Gombak.



Comments

Popular posts from this blog

Rebound .

Tumbuh bersama JC 🌱