Prinsip dan Fleksibiliti

Prinsip ni kan, kami percaya semua orang ada. Cumanya kalau orang tanya kita “apa prinsip hidup kita”, mungkin kita rasa susah nak jawab dan rasa macam tak de prinsip, tapi sebenarnya prinsip ni ialah sesuatu yang menggambarkan diri kita. Kita bertindak atas dasar prinsip kita. Dan pada kebanyakan situasi, orang lain akan menyantuni kita berdasarkan prinsip kita.

Prinsip kita mungkin akan berbeza ataupun bercanggah dengan orang lain, tapi itu tak bermakna kita bermusuhan. Kita mungkin akan bersetuju dengan kawan kita dalam satu aspek, tapi dalam satu aspek yang lain, kita ada pandangan dan pegangan yang berlainan. Sebab kita manusia :) Dan itulah uniknya kita.

“Tertutup jangan jumud, terbuka jangan hanyut”. Satu ayat yang sangat biasa dalam kalangan warga DQ. Diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Dan itulah yang menjadi asas dalam prinsip kami- kesederhanaan. (* ‘kami’ ni kata ganti diri yang pertama tau)

Dan seiring dengan pertambahan umur kita, seiring dengan pertambahan pengalaman kita, kita bergaul dengan lebih ramai insan, kita berdepan dengan situasi yang pelbagai, dan lama kelamaan, cara pandang kita mungkin akan berubah. Macam tu jugak dengan prinsip kita.

Dan kami baru sedar perkara ni tahun ni.
Kalau sapa yang kenal kami, kami memang jenis yang tak biasa dengan lelaki. Adik beradik semua perempuan, pastu dari sekolah rendah, sekolah menengah, DQ, sampaila uni: semua institusi agama. So memang tak de kawan berlainan jantina. Dan kami pun tak de rasa keperluan atau kepentingan untuk berkawan dengan diorang.

Jadi prinsip kami dalam pergaulan sangat jelas dan tegas-
Tak akan bersembang sama ada maya atau nyata melainkan atas urusan kerja. Dan kalau urusan kerja pun, sangat strict.
Kalau dalam ekonomi, ada satu konsep yang dipanggil ‘opportunity cost’. Kita pilih satu benda, kita mesti kena korbankan satu benda yang lain. Macam tu jugak dalam hal ni. Bila kami pilih prinsip kami macam tu, kami kurang merasai keselesaan dalam bekerja, sebab tegang. Tapi tu jalan yang kami pilih. Itu batasan yang kami letak.

Prinsip tu kami pegang sampailah kami jadi sukarelawan dekat PPV (Pusat Pemberian Vaksin). *sebenarnya lebih kepada kerja sebab dapat gaji lol*. Kerja dekat sana nak dekat dua bulan sebagai Pembantu Vaksinator. Vaksinator ni biasanya nurse la, ada sorang dua ja doktor, yang lain nurse. Teammate memang semua perempuan, tapi vaksinator tak semua perempuan. Kerja ikut jadual, so setiap hari kita assist orang yang berlainan. Dan dekat sana memang kena bergaul dengan ramai orang. Selain vaksinator, kita kerja jugak dengan matron, doktor (floor manager), geng IT, geng MTSP, MyVac, vaccinee, dan ramai lagi. Dan waktu tu baru rasa ada kepentingan untuk bekerja dengan selesa dan tak tegang dengan lelaki.

Kalau kami dulu, nak makan kalau boleh tak nak ada diorang. Kalau kena makan dekat kantin/kafe lelaki, sanggup tahan lapar, makan kat bilik. Kalau duduk dekat dengan diorang terus jadi batu; keras kejung. Tapi kat sana, kita kerja dengan diorang, memang tak boleh lari. Bayangkan satu cubicle hanya boleh ada dua orang; vaksinator dengan pembantu (kalau vaccinee masuk jadila tiga) so kalau nak makan ke, apa ka memang dalam tu ja. Pastu mestila awkward kalau sepanjang hari kita tak bercakap, tak sembang apa-apa melainkan kerja ja kan? So start situla kami belajar untuk menjadi fleksibel dalam prinsip pergaulan tu.

Mula belajar untuk kerja dengan professional. Batasan masih ada, pastinya. Cuma tak setegang dulu. Dan dari situ jugakla kami belajar banyak benda. Banyak ilmu, pengalaman dapat dari dengar cerita-cerita diorang. Best. Point of view kita banyak berubah.

Tapi pastinya akan ada jenis yang “awak, nak berkenalan boleh? nak mintak nombor/ig”. *disclaimer; bukan vaksinator, vaksinator semua professional* Tapi bila kita jelas dengan batasan kita, jelas dengan prinsip kita, diorang pun akan hormat. Dan dari situ jugakla kami belajar untuk tak cepat melenting πŸ˜‚ kami rasa kalau kami yang dulu ni mesti gelabah nak jawab apa. Relax dahla lol. Ouh ada jugak yang jenis “weyhh, kau nak berhenti dah kan? Apa ig kau meh nak follow”, jenis macam ni tak kisah sangat. Tapi apapapun, nak bagi ke tak, takde masalah. Atas kita, prinsip kita.

Buat masa sekarang, prinsip yang kami pegang macam ni. Batasan yang kami letak, takat ni. Tapi dalam dua tiga tahun lagi, bila kami bergaul dengan lebih ramai manusia, jumpa dengan lebih banyak ragam, mungkin akan berubah lagi, lagi dan lagi. Tak kisah macam mana pun prinsip kita berubah, tapi kena pastikan yang dia masih dalam batasan yang digariskan oleh syara’, yang ni tiada kompromi. Wallahua’lam.

Comments

Popular posts from this blog

Ramadan 1445h (2)

Rebound .

Tumbuh bersama JC 🌱