Kata dan hati
hati-hati dalam memilih kata,
baik yang diluncurkan lisan,
mahupun yang dizahirkan dalam bentuk penulisan,
kedua-duanya mempunyai kuasa dan impak terhadap insan.
hati-hati dalam memilih kata,
pada ia boleh membawa kepada kebaikan,
atau mengundang kemudharatan.
laksana pedang yang boleh menyelamatkan,
juga membinasakan.
hati-hati dalam memilih kata,
sekiranya tidak memaksudkannya,
usah tuturkannya.
berapa ramai yang berani mengungkapkan kata,
namun tidak berani bertanggungjawab atas apa
yang diperkatakannya?
hati-hati dalam memilih kata,
lidah itu senduk hati,
cerminan terhadap peribadi diri,
jagalah kedua-duanya,
demi meraih cinta dan redha sang Ilahi.
Comments
Post a Comment