Sebuah Perjuangan

apalah erti sebuah penantian,
ketika diriku jua tiada jawapan?
biar masa yang menentukan,
kerana yang terbaik itu perancangan Tuhan.

tenanglah wahai jiwa,
pulanglah pada Dia,
percaya pada aturanNya,
tidak sesekali Dia zalimi,
hamba yang tulus mencintaiNya.

aku diproses,
kamu juga diproses.
futur itu lumrah,
sakit itu fitrah.
katakan, perjuangan apa yang tidak menuntut pengorbanan?
tiada, sama sekali tiada.

maka, selamat berjuang sahabat.
jihad terbesar itu melawan diri kita sendiri.
cita-cita terbesar kita;
menang, atau mati syahid, bukan?

Masjid Darul Quran,
17 Disember 2019.

catatan daripada Balqis 2023 :
contengan ini masih relevan di masa kini. terima kasih Balqis 2019 kerana tidak berhenti berjuang, akan aku sambung perjuangan itu :’))

Comments

Popular posts from this blog

Ramadan 1445h (2)

Rebound .

Tumbuh bersama JC 🌱