Ramadan 1445h (1)

Ahlan wa sahlan ya ramadann 🥳

Dah nak seminggu dikurniakan rezeki untuk bertemu dengan bulan yang penuh berkah ni, baru hari ni sempat mencoret refleksi tentang Ramadan.

Haritu sebelum masuk bulan Ramadan, sempat join satu talk Ihya' Ramadan kat KENMS, penyampai dia Ustaz Syaari. Tak ingat tajuk dia apa, tapi bestt sangat ustaz sampaikan.

Sepanjang sesi tu, ustaz cerita pasal ayat Surah Al-Baqarah, ayat 185. Sebelum ni, aku biasa dengar kalau nak masuk bulan puasa, orang 'bedah' pasal surah Al-Baqarah ayat 183. Jadi bila ustaz cerita pasal ayat 185, bagi aku ilmu ni baru sangat-sangat.

Perkataan 'Ramadan' disebut sekali ja dalam Quran, iaitu pada surah Al-Baqarah, ayat 185. Jadi antara hikmah dia, supaya kita tak rasa yang kita akan bertemu lagi dengan bulan Ramadan di tahun-tahun yang akan datang. Bulan Ramadan ni bulan yang penuhh barakah, rugi kalau kita anggap bulan ni sama ja macam bulan-bulan sebelumnya.

Dan untuk bergelar 'graduan' madrasah Ramadan yang berjaya, kita kena lalui dua program.

Satu, dalam ayat 183, iaitu menahan nafsu kita daripada lapar dan dahaga di siang hari.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ﴿ ١٨٣ ﴾


"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."


Natijah dia? ((...mudah-mudahan/supaya kamu bertaqwa)). Jadi natijah dia taqwa, taat kepada suruhan Allah. Mendidik nafsu kita untuk tunduk. Dalam satu hadith, Rasulullah SAW sabda,

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يَكُونَ هَواهُ تَبَعَاً لِمَا جِئْتُ بِهِ


“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikut apa yang aku bawa (ajaran Islam).”


Riwayat Ibn Abu ‘Asim dalam al-Sunnah (15), al-Khatib dalam Tarikh Baghdad (4/368), dan al-Baihaqi dalam al-Madkhal ila al-Sunan al-Kubra (209). Imam al-Nawawi menyatakan dalam al-Arba’in al-Nawawiyah (41) bahawa hadith ini hasan sahih.


Walaupun makan minum tu pada asasnya ialah sesuatu yang harus, tapi dalam beberapa hari ni, kita kekang nafsu makan minum kita. Kita didik nafsu kita untuk ikut cakap kita. Ramadan datang untuk mengajar kita yang nafsu kita boleh dijinakkan, we have control on our own nafs.

Tapi program di siang hari ni sahaja tak mencukupi, lagipun program ni sama ja dengan apa yang dilalui oleh umat-umat sebelum kita ((...kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang dahulu daripada kamu...)). Jadi kalau kita lalui program ni ja, apa specialnya kita daripada umat-umat dulu? Apa beza kita dengan Bani Israel?

Then comes ayat 185 ni, yang mana Allah relatekan bulan Ramadan dengan Al-Quran.

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهۡرَ فَلۡیَصُمۡهُۖ وَمَن كَانَ مَرِیضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرࣲ فَعِدَّةࣱ مِّنۡ أَیَّامٍ أُخَرَۗ یُرِیدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡیُسۡرَ وَلَا یُرِیدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُكۡمِلُوا۟ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ ﴿ ١٨٥ ﴾


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.


Dalam ayat ni, Allah berfirman; ((Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran)), nak kata betapa dekatnya kaitan Quran dan bulan Ramadan ni. Jadi, program pertama ialah berpuasa, program kedua ialah menghidupkan hari-hari kita dengan Al-Quran. Apa pulak outcome daripada program kedua ni?

((...mudah-mudahan/supaya kamu bersyukur)).
Apa kaitan syukur dengan Al-Quran? Kenapa kita kena, atau akan berterima kasih dengan Quran? Apa istimewanya Quran? Kalau kata kita kena bersyukur sebab kita dapat pahala bila baca Quran, benda ni tak tepat. Sebabnya, kita akan bersyukur, berterima kasih dengan benda yang kita nampak dan dapat sekarang, sedangkan pahala kita dapat nanti-nanti, bukan sekarang.

Jadi, kenapa kita kena bersyukur atas nikmat Al-Quran?
Ha, jawapan dia adalah untuk kita cari sendiri, dan explore sendiri nikmat bersahabat dengan Al-Quran ni. Al-Quran ni ialah satu hadiah yang sangaat special untuk kita, umat Nabi Muhammad SAW. Dan hubungan kita dengan Al-Quran ni ialah sesuatu yang unik, setiap orang hubungan dia dengan Al-Quran lain-lain.

Jadi di bulan Ramadan ni, Allah encourage kita untuk perbanyakkan masa dengan Al-Quran, explore Al-Quran, perbaiki hubungan kita dengan Al-Quran, jadikan Al-Quran ni sebahagian daripada kehidupan kita, sampailah kita dapat rasa nikmat dekat dengan Al-Quran. Dan bila sampai point tu, kita akan sangat-sangat berterima kasih kepada Allah, sebab anugerahkan kita Al-Quran.

Dan nak sampai ke point tu, kita kena allocate masa kita untuk tadabbur, hayati apa yang Allah nak sampaikan kepada kita. Ustaz kata, baca seolah-olah Allah sedang berbicara dengan kita. Kaitkan setiap ayat dengan diri kita. Kalau ayat tu tentang larangan, check diri kita ada tak kita mendekati jalan-jalan menuju ke larangan tu. Kalau pasal suruhan, check kita dah buat yang terbaik tak untuk ikut. Kalau ayat pujukan, rasa Allah tengah pujuk kita. Setiap satu ayat tu, ada benda yang kita boleh kaitkan dengan kehidupan kita.

Aku mula-mula tu macam terfikir, apa boundaries untuk kita tadabbur satu ayat tu? Macam mana kalau kita tersalah faham ayat tu? Macam mana kalau context ayat tu berbeza, dan ada specific asbab nuzul dia? Pastu aku tanya ustaz lepas habis sesi, ustaz jawab, takde satu ayat Quran pun yang diturunkan, yang bukan untuk kita. Walaupun ada sebab yang specificcertain ayat tu diturunkan, tapi kita tetap boleh ambil ibrah daripada ayat tu. Dan tadabbur lain dengan tafsir. Tadabbur adalah untuk refleksi diri kita ja. Lainlah kalau kita nak mengajar orang ke apa, ha yang tu memang kena rujuk puluhan kitab sebelum tafsir satu ayat tu.

Al-Quran diturunkan untuk hati, Allah berfirman;

أَفَلَا یَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ أَمۡ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقۡفَالُهَاۤ ﴿ ٢٤ ﴾


(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? (Surah Muhammad, ayat 24)


Dan tadabbur ni ialah satu perbuatan hati. Kita takkan boleh rasa hikmah dan nikmatnya bersahabat dengan Al-Quran, melainkan kita membacanya dengan hati.

Semoga kita semua dapat perbaiki hubungan kita dengan Al-Quran, sampai kita merasai kesan Al-Quran terhadap diri dan kehidupan kita. Semoga kita dapat jadikan Quran sebagai petunjuk, pemberi peringatan, penyampai berita gembira, penawar dan peneman. Dan semoga Allah sentiasa redha dengan kita :)

Ok dah baii, dah zohor.

17 Mac 2024 (6 Ramadan 1445h),
Darul Hikmah, UIA Gombak.

Comments

Popular posts from this blog

Ramadan 1445h (2)

Rebound .

Tumbuh bersama JC 🌱