Posts

Showing posts from October, 2021

the eleventh hour.

(Spoiler alert! *untuk siapa yang belum baca contengan jalanan, tidak digalakkan baca coretan ini) “ The man that decided to change on the twelfth hours died at the eleventh ” - Contengan Jalanan, Hlovate. Ni antara ayat dan novel yang kami paling suka dalam banyak-banyak karya Hlovate. Sebab kami boleh relate dengan diri sendiri. Buku ni kami baca lama dah, rasanya kali terakhir baca 5 tahun yang lepas tapi jalan cerita dia masih lekat, dan sangat-sangat memberi kesan kat kami. Dia cerita pasal penghijrahan seorang remaja (remaja ke? belia rasanya sebab dalam 20-an macam tu). Watak dia sangat dekat. Seorang pelajar universiti, umur 21-22 macam tu, dan berada dalam fasa mencari makna hidup yang sebenar. Mencari makna kebahagiaan yang hakiki. Di akhir perjalanan dia, dia dijemput menemui ilahi. Biasa dah menangis atas kematian watak fiksyen. Tapi bila watak ni yang meninggal, dia rasa macam terkedu jap. Speechless. Sedih memang sedih tapi dia lebih kepada tergamam. Sebab kita meletakkan

Kalam, Amal, Ikhlas, Istiqamah.

 Cg Azmi pernah kongsi, medan terendah ialah kalam, diikuti dengan medan amal, ikhlas, dan yang paling tinggi ialah istiqamah. Bagi aku, kata-kata ni sangat dekat dan sangat relatable . Sampai bila-bila pun, kita akan diuji dengan semua ni. Kalau bukan amal, ikhlas. Kalau bukan ikhlas, istiqamah. Medan kalam ialah medan terendah sebab mudah untuk kita bertutur, memberi nasihat, cadangan atau kritikan. Kalau bukan dalam bentuk tutur kata, penulisan pun dikira sebagai kalam. Macam apa yang aku buat sekarang ni :)  Senang ja nak cakap. Tapi kita akan diuji atas setiap apa yang kita cakap, setiap apa yang kita tulis. Untuk tengok sejauh mana kebenaran dalam tutur kata kita. Sejauh mana usaha kita dalam mempraktikkan kalam kita. Dan ni antara sebab aku berhenti lama dari menulis. Sebab bila kita tulis penulisan-penulisan yang berbaur nasihat (tak lain tak bukan untuk penulis itu sendiri sebenarnya), dua tiga hari lepas tu mestii akan diuji dengan apa yang aku tulis. Mesti. Tak pernah lagi t

Prinsip dan Fleksibiliti

Prinsip ni kan, kami percaya semua orang ada. Cumanya kalau orang tanya kita “apa prinsip hidup kita”, mungkin kita rasa susah nak jawab dan rasa macam tak de prinsip, tapi sebenarnya prinsip ni ialah sesuatu yang menggambarkan diri kita. Kita bertindak atas dasar prinsip kita. Dan pada kebanyakan situasi, orang lain akan menyantuni kita berdasarkan prinsip kita. Prinsip kita mungkin akan berbeza ataupun bercanggah dengan orang lain, tapi itu tak bermakna kita bermusuhan. Kita mungkin akan bersetuju dengan kawan kita dalam satu aspek, tapi dalam satu aspek yang lain, kita ada pandangan dan pegangan yang berlainan. Sebab kita manusia :) Dan itulah uniknya kita. “Tertutup jangan jumud, terbuka jangan hanyut”. Satu ayat yang sangat biasa dalam kalangan warga DQ. Diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Dan itulah yang menjadi asas dalam prinsip kami- kesederhanaan. (* ‘kami’ ni kata ganti diri yang pertama tau) Dan seiring dengan pertambahan umur kita, seiring dengan pertambahan