Posts

Showing posts from November, 2019

{tergendala}

Bismillah, buat yang selalu update dengan blog ini, aku memohon maaf kerana senggang kali ini agak lama. Ada beberapa perkara yang aku harus dapatkan kesahihan dan pencerahan daripada ustaz - ustaz sebelum meneruskan penulisan blog ini. Menulis blog yang  berfakta atau ‘formal’ ini mempunyai cabarannya tersendiri. Aku sudah jelas akan hal ini sebelum memilihnya sebagai jalan penceritaan blog ini. Dan pastinya, risiko dalam ketidakpastian sumber, fakta yang lemah, itulah yang menjadi cabaran buatku ketika ini. Namun tidak mengapa, kerana kita semua sedang diproses. Kesalahan - kesalahan yang telah aku lakukan sebelumnya akan menjadi peringatan - peringatan di kemudian hari. Dan kata salah seorang murobbiku, Cg Saadan, kita perlu ada banyak ‘tajribah’ (pengalaman) dan untuk mengadakannya, perlu bermula dari sekarang. Perlu lakukan apa yang kita boleh lakukan kini.

Kesimpulan

Kata Imam Hassan Al Banna dalam Ayyuha Syabab : “Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya.  Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda. Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah. Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugal

SIFAT RIJAL #3

SIFAT RIJAL KETIGA : Benar dalam berjanji dan jujur Firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 23 : مِّنَ   ٱلۡمُؤۡمِنِينَ   رِجَالٞ   صَدَقُواْ   مَا   عَٰهَدُواْ   ٱللَّهَ   عَلَيۡهِۖ   فَمِنۡهُم   مَّن   قَضَىٰ   نَحۡبَهُۥ   وَمِنۡهُم   مَّن   يَنتَظِرُۖ   وَمَا   بَدَّلُواْ   تَبۡدِيلٗا Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. Berlawanan dengan sifat orang munafiq, seorang rijal ialah seorang yang benar dalam berjanji dan seorang yang jujur. Dia akan berusaha sebaiknya untuk mengotakan janjinya terhadap sesiapapun, Allah, rasul dan manusia-manusia di sekelilingnya. Tutur katanya juga jujur seperti hatinya. Sesungguhnya lidah ialah cedokan hati, tulus hatiny

SIFAT RIJAL #2

SIFAT RIJAL YANG KEDUA : Hidupnya sentiasa bergantung kepada akhirat. Firman Allah dalam surah An Nur, ayat 37 : رِجَالٞ   لَّا   تُلۡهِيهِمۡ   تِجَٰرَةٞ   وَلَا   بَيۡعٌ   عَن   ذِكۡرِ   ٱللَّهِ   وَإِقَامِ   ٱلصَّلَوٰةِ   وَإِيتَآءِ   ٱلزَّكَوٰةِ   يَخَافُونَ   يَوۡمٗا   تَتَقَلَّبُ   فِيهِ   ٱلۡقُلُوبُ   وَٱلۡأَبۡصَٰرُ (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. Seorang rijal sentiasa melihat dunia melalui kaca mata akhirat. Segala tindakannya bermatlamatkan akhirat. Wawasannya jelas, dan dia mempersiapkan sebaiknya untuk kehidupannya yang kekal di sana. Setiap apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya, dia akan melaksanakan dengan bersungguh-sungguh.  Dia bukan sahaja bekerja untuk dirinya semata-mata, malah dia bijak mencari