Posts

Showing posts from May, 2025

Women and Labour.

 Masa kelas Labour Theory and Policy yang pertama untuk semester ni, Dr Nahar buat quick survey dalam kelas. Dr tanya sisters, siapa tak nak kerja lepas graduate? Takde siapa jawab taknak. Dr tanya brothers pulak, prefer isteri kerja ke tak? Majority jawab tak. Menarik. Ahaha sebab lain dengan expectation dan hipotesis aku. So I found this topic is sooo interesting to be discussed. Dr tanya lebih lanjut, kenapa sisters nak kerja, dan aku faham sangat kenapa. Dan Dr tanya jugak brothers kenapa prefer isteri tak kerja, dan aku faham jugak jawapan brothers tu. Dr cerita personal opinion Dr yang Dr pun prefer isteri Dr tak kerja, dan memang bagi kebebasan dan pilihan untuk beliau tak bekerja. Benda ni memang debatable la, kalau kat twitter tu hampir setiap tahun recycle tajuk debat ni. Dan aku pun duk baca jugak pandangan-pandangan kedua-dua belah. Salah satunya yang dibahaskan oleh Buya Hamka dalam buku Berbicara Tentang Perempuan. Setelah timbang tara segala hujah, dan dengar penjela...

Bakti bergaji.

Biasanya, setiap kali kitorang (aku dan adik-beradik aku) nak kena balik hostel, kitorang ada satu habit ni tau. Dia macam malas-malas, tantrum sikit, sebab taknak balik. Dari sekolah menengah, sampailah dah besar panjang, semua orang sepesen je. Aku tak pasti kak yong macam mana, tapi kak ngah, kak de, aku, adik aku, semua sama. Bila sampai masa, sampai seruan kena balik hostel, semua cakap taknak balik sekolah, universiti, kerja, tak nak hadap realiti. Sebab rumah ni macam safe place kitorang. Ok kali ni aku nak cerita pasal kak de. Kak de dia houseman kat Terengganu, dan selalu jugaklah balik despite dia ada off day sehari ja seminggu. Tapi setiap kali balik sama ja shsh, so kali ni time dia dah nak kena balik untuk kerja esok, dia cakap kat ibu taknak balik, tak nak kerja. Pastu ibu cakaplah, “la, kak de kena lah balik, berbakti pada masyarakat, rawat diorang. Allah kira setiap kerja kak de, setiap bakti kak de sebagai ibadah”. Ibu sambung cerita pasal konsep ihsan. Kita, orang Isl...