Posts

Showing posts from March, 2024

Ramadan 1445h (2)

Satu benda yang best bila kita buat catatan ni, kita tahu apa yang berlaku sebelum ni dan kita boleh improve dan perbaiki kesalahan-kesalahan kita berdasarkan catatan-catatan kita. Dan macam dalam catatan aku Ramadan yang lepas, kesalahan aku ialah terlalu sibuk sampai kurang penghayatan jiwa terhadap Ramadan tu. Jadi, tahun ni, kena improvee . Azam aku Ramadan kali ni, untuk fokus lebih kepada kualiti berbanding kuantiti. Takpa ja kalau aku mengulang *** juzu' ja sehari, asalkan aku allocate lebih masa untuk tadabbur. Takpa ja aku solat *** rakaat ja tarawih, asalkan aku bersungguh dalam berdoa. Dan alhamdulillah, komitmen aku pun dah makin kurang berbanding tahun lepas, jadi aku kurang terkejar-kejar. Progress so far? Haha, agak mencabar. Ingatkan senang, rupanya boleh tahan jugak eh shsh. Mencabar part nak seimbangkan untuk aku tak terlalu mengejar kuantiti dan terlalu relax dalam beribadah. Shshs bila tak letak rigid target ni, disiplin ni kurang sikitla. Ralit sikit, b

Ramadan 1445h (1)

Ahlan wa sahlan ya ramadann 🥳 Dah nak seminggu dikurniakan rezeki untuk bertemu dengan bulan yang penuh berkah ni, baru hari ni sempat mencoret refleksi tentang Ramadan. Haritu sebelum masuk bulan Ramadan, sempat join satu talk Ihya' Ramadan kat KENMS, penyampai dia Ustaz Syaari. Tak ingat tajuk dia apa, tapi bestt sangat ustaz sampaikan. Sepanjang sesi tu, ustaz cerita pasal ayat Surah Al-Baqarah, ayat 185. Sebelum ni, aku biasa dengar kalau nak masuk bulan puasa, orang 'bedah' pasal surah Al-Baqarah ayat 183. Jadi bila ustaz cerita pasal ayat 185, bagi aku ilmu ni baru sangat-sangat. Perkataan 'Ramadan' disebut sekali ja dalam Quran, iaitu pada surah Al-Baqarah, ayat 185. Jadi antara hikmah dia, supaya kita tak rasa yang kita akan bertemu lagi dengan bulan Ramadan di tahun-tahun yang akan datang. Bulan Ramadan ni bulan yang penuhh barakah, rugi kalau kita anggap bulan ni sama ja macam bulan-bulan sebelumnya. Dan untuk bergelar 'graduan' madrasah Ramadan