Posts

Showing posts from July, 2023

MTHQK2023 : Satu Pengalaman (2)

MTHQK ni mula 11 Jun, habis 16 Jun 2023. Tapi kitorang kena datang 8 Jun lagi, sebab ada macam-macam. 8 Jun tu ada pemeriksaan kesihatan, tapi aku dengan Suhailah (kawan aku, dari UIA jugak tapi wakil negeri lain) tak habis lagi kelas, jadi kitorang datang lambat sikit. Sampai Pineng malam tu, kaunter pemeriksaan dah tutup. Esok tu, 9 Jun, takde apa-apa lagi, aktiviti bebas. Tapi masing-masing mengulang la. Malam tu, ada cabutan undi. Aku tak tahu nak rasa apa, doa bagi dapat yang terbaik ja. Dan Allah izin, aku dapat hari Selasa (13 Jun). Bagi aku, elok-elok la, tak terlalu awal sampai aku terkejut dan tak terlalu lambat jadi aku tak berdebar lama. Esok tu, 10 Jun, ada lawatan. Pihak penganjur (urusetia Pineng) sediakan lawatan untuk peserta-peserta ronda negeri Pulau Pinang. Tak wajib, siapa nak pergi boleh pergi. Kebanyakan orang tak pergi sebab nak bersedia untuk musabaqah, tapi aku rasa macam rugi kalau tak join, jadi aku join ja. Lagipun masa tu tak rasa berdebar lagi, tak rasa m

MTHQK2023 : Satu Perjalanan (1)

Bulan lepas alhamdulillah aku direzekikan untuk sertai Majlis Tilawah dan Hafazan Quran peringkat Kebangsaan, mewakili negeri Perlis untuk hafazan kategori Juzu’ 1-10. Satu pengalaman yang sangatt berharga buat aku. Jadi sebelum aku terlupa macam mana perasaan aku sepanjang perjalanan ni, aku kena tulis kat sini. Aku bahagikan penulisan ni jadi dua bahagian; satu perjalanan dan satu pengalaman. Bahagian perjalanan menceritakan episod-episod dari mula aku tahu aku terpilih untuk ke kebangsaan, dan bahagian pengalaman cerita mengenai episod-episod sepanjang 10 hari MTHQK tu berlangsung. Ok jadi entri ni menceritakan bahagian perjalanan. Mulakan perjalanan musabaqah ni ialah kerja paling gila kut yang aku pernah buat sepanjang 22 tahun aku hidup. Gila sebab satu, aku tak masyi. Kalau banding dengan kawan-kawan aku yang jenis masuk musabaqah ni, memang jauh macam matahari dengan planet pluto. Jauh beza sangattt. Kedua, sebab aku penakut,  stage fright  tu dahsyat sangat-sangat. Orang-orang