Posts

Showing posts from November, 2022

PRU 15

Image
Hari ni, 19 November 2022, hari mengundi untuk pilihanraya umum Malaysia yang ke lima belas. Nervous, aku pengundi buat kali pertama. Dan peluang untuk mengundi ni datang 5 tahun sekali ja. 5 tahun bukanlah satu tempoh yang pendek, macam-macam boleh jadi dalam tempoh tu. Dan pilihanraya kali ni, ramai anak-anak muda akan turun. Undi 18 dah diluluskan, bermakna semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas layak untuk mengundi, layak untuk menyumbang kepada penentuan takdir negara Malaysia. Lama aku ambil masa untuk fikir siapa yang aku akan undi. Dari tarikh PRU 15 diumumkan, sampaila pagi tadi, aku masih berkira-kira siapa yang aku akan pangkah dalam dewan nanti. Fikir tu dah macam nak jawab soalan exam. Yang mana yang paling membawa manfaat kepada Malaysia, dan mana yang paling sedikit membawa mafsadah kepada negara, juga kepada Islam. Undi calon atau parti? Ni pun antara soalan yang selalu berlegar dalam fikiran aku. Kalau tak nak pening-pening kepala, sebenarnya aku bole

Feminism and insecurities

*Jangan tertipu dengan tajuk tau, tajuk ja nampak gempak. Tak, aku tak bahas apa tu feminism apa semua tu kat sini, bukan bidang aku, dan bukan minat aku untuk sentuh secara falsafah. Aku dari kecik banyak persoalan pelik-pelik, banyak benda aku nak bahas, banyak benda aku nak bidas kalau orang cakap apa-apa, tapi kebanyakannya aku diamkan sebab macam tak sesuai. Dan salah satu topik yang aku jarang cerita kat orang, pandangan aku tentang hak kesamarataan lelaki dengan perempuan ni. Aku tak suka budak laki dari kecik. Tak, bukan sebab aku suka perempuan, tak. Aku harap orang tak salah faham. Aku tak suka sebab entahla, banyak sebab. Waktu kecik aku tak suka sebab budak laki nakal (aku sampai doa tak nak adik lelaki). Pastu bila dah besar sikit, aku jealous. Aku rasa diorang lebih bebas, lebih dianggap kuat, lebih dalam pelbagai hal. Aku selalu cemburu dengan kebebasan yang orang lelaki ada. Nak pergi mana-mana, diorang lebih bebas berbanding perempuan. Perempuan digalakkan ada mahram k