Posts

Showing posts from October, 2019

SIFAT RIJAL #1

SIFAT RIJAL YANG PERTAMA : Hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa menyucikan hatinya. Firman Allah dalam surah At Taubah, ayat 108. لَا   تَقُمۡ   فِيهِ   أَبَدٗاۚ   لَّمَسۡجِدٌ   أُسِّسَ   عَلَى   ٱلتَّقۡوَىٰ   مِنۡ   أَوَّلِ   يَوۡمٍ   أَحَقُّ   أَن   تَقُومَ   فِيهِۚ   فِيهِ   رِجَالٞ   يُحِبُّونَ   أَن   يَتَطَهَّرُواْۚ   وَٱللَّهُ   يُحِبُّ   ٱلۡمُطَّهِّرِينَ Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). Seorang rijal perlu mencari jalan untuk sentiasa mempertingkatkan kekuatan ruh. Sesungguhnya kekuatan seorang mukmin itu terletak pada hatinya, kata Ibnu Qayyim. Maka seseorang

RIJAL

RIJAL Insyaallah, artikel pertama ini aku dedikasikan buat diri ini terutamanya agar sentiasa beringat untuk menjadi seorang rijal yang amat diperlukan di kala ini. Juga buat kalian yang membacanya, moga terinspirasi dan mendapat manfaat. Rijal sekiranya diterjemahkan terus dari bahasa arab bermaksud lelaki. Namun sebenarnya menyimpan beberapa makna yang lain sebagaimana yang diperkenalkan dalam kalamNya. Perkataan rijal disebut beberapa kali dalam alquran, secara tepatnya dalam 27 ayat dan di 28 tempat. Rijal boleh dikira sebagai sifat. Seseorang yang mempunyai sifat ke’rijal’an patut dijadikan contoh kita semua. Mengapa kita perlu memupuk sifat ini, kita akan bincangkannya di akhir artikel ini. Sifat rijal ini tidak terbatas kepada jantina dan usia. Sesiapapun boleh menjadi seorang rijal, asalkan dia berhajat kepadanya. Memandangkan tajuk ini agak panjang, aku tidak berhajat untuk mem’publish’kannya serentak, melainkan sedikit demi sedikit. Beberapa subtopik yang akan
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Aku memulakan penulisanku secara rasminya pada umur di mana Usamah bin Zaid diangkat menjadi panglima perang, iaitu 18 tahun. Umur di mana seseorang itu sudah bisa memimpin suatu angkatan tentera di zaman Rasulullah tapi amat ‘gharib’ untuk anak muda pada usia ini berbicara mengenai islam di zaman ini. Moga Allah permudahkan dan moga Allah redha.