Mendewasa dalam dua versi
Aku terjumpa coretan ni dalam buku Raudhah aku. Dan apa yang menariknya, dua-dua cerita pasal mendewasa, tapi dengan perspektif yang berbeza. Ayat-ayat coretan ni masih tergantung sebenarnya, tapi sengaja aku biarkan macam tu, nak tunjuk betapa aku kehabisan kata dalam memperincikan kekusutan ketika itu. Mendewasa versi pertama, ditulis pada Mac 2022. Masa tu aku serabutt sangat-sangat. Lumrah mendewasa, kita diasak untuk membuat pilihan, dan masa tu aku tak tahu nak pilih apa. Ikut kata hati atau prinsip? Dan dalam masa pergelutan/pertarungan dalam diri aku tu berlaku, dalam masa yang sama, aku tak boleh tinggalkan tanggungjawab-tanggungjawab di alam realiti. Jadi pada akhirnya aku kena paksa diri aku untuk meletak tepi sebentar urusan hati, dan fokus dulu untuk menyelesaikan urusan-urusan yang lebih mustahak itu. Mendewasa versi kedua, ditulis pada Jun 2022, 3 bulan selepas versi pertama. Masa tu, aku baru lepas deep talk dengan kawan aku. Dan masa tu aku baru tersedar, aku tak keseo