Posts

Showing posts from December, 2021

Ketidakseragaman

Hai, buat yang masih tak kenal, nama saya Balqis dan saya sangat susah untuk konsisten. Sekejap pakai saya, sekejap pakai aku, pakai kami, sekejap tulis macam orang dewasa, pastu tulis macam budak-budak. Itulah saya, sorry 🤧 Blog ni memang dicipta untuk itu. Untuk embrace  setiap sudut yang saya ada. Tempat untuk dump  apa yang difikir, dirasa dan apa sahaja yang terlintas. Memang direka khas untuk saya merapu. Ouh saya dah publish  semula penulisan-penulisan saya zaman 3 tahun lepas. Dulu archive sebab rasa macam hipokrit. Tulis benda-benda macam tu, tapi realiti sangat berbeza dengan apa yang ditulis. Tapi bila fikir balik, kita kan manusia. Kita sentiasa dalam proses untuk menjadi insan yang kebih baik, hari demi hari. Dan dengan menulis, kita tengah peringatkan diri kita sendiri sebenarnya :)

Hujan dan kenangan

Image
Sekarang dah masuk musim tengkujuh. Sejuk. Dan... Sayu. Haha, tak tahu kenapa, tapi bila hujan ni, lagi-lagi musim hujan, dia rasa macam sayu macam tu. Bukan sendu. Tak tahula. Dia macam, tiba-tiba teringat kenangan-kenangan dulu. Musim tengkujuh kan biasanya hujung tahun, dan hujung tahun biasanya cuti sekolah. Jadi, bila masuk musim tengkujuh, auto teringat kenangan-kenangan masa cuti sekolah. Kalau waktu kecik-kecik dulu, cuti sekolah memang jarang kosong. Ibu memang akan susun jadual kitorang supaya masa cuti tak terbazir. Masa kakak-kakak tak masuk asrama lagi, biasanya ibu akan hantar kitorang ramai-ramai belajar al-quran kat masjid negeri, setiap hari. Syok sangat-sangat. Adik belajar mengaji, kitorang semua yang lain masuk kelas hafazan. Dan kat situ jugaklah kami start  belajar harfiyah dan start  minat bahasa arab, dan al-quran.  Bagi kami, al-quran dan bahasa arab ni saling berkait. Kami minat nak hafal quran sebab bahasa arab, dan minat bahasa arab sebab alquran. Walaupun d