Kata dan hati
hati-hati dalam memilih kata, baik yang diluncurkan lisan, mahupun yang dizahirkan dalam bentuk penulisan, kedua-duanya mempunyai kuasa dan impak terhadap insan. hati-hati dalam memilih kata, pada ia boleh membawa kepada kebaikan, atau mengundang kemudharatan. laksana pedang yang boleh menyelamatkan, juga membinasakan. hati-hati dalam memilih kata, sekiranya tidak memaksudkannya, usah tuturkannya. berapa ramai yang berani mengungkapkan kata, namun tidak berani bertanggungjawab atas apa yang diperkatakannya? hati-hati dalam memilih kata, lidah itu senduk hati, cerminan terhadap peribadi diri, jagalah kedua-duanya, demi meraih cinta dan redha sang Ilahi.