Perjalananku : prolog
"Ibu, acik tak larat dah nak makan ubat. Dari sekolah rendah kena makan, dua bulan sekali mesti makan antibiotik, pastu kena cucuk bagai, acik dah muak dah nak makan ubat, acik tak suka!", bentakku perlahan. Seandainya aku mengetahui betapa perkataan itu memberi impak kepada ibu, nescaya aku tidak menuturkannya. Niatku cuma ingin mengadu, tidakku tahu ia meresahkan perasaan sang ibu. Ibu mengambil kedua tanganku, lalu menciumnya. Laju air mata ibu mengalir. "Ibu minta maaf kalau ibu paksa acik, ibu nak acik sembuh ja." Aku tergamam. Rasionalku yang hilang sebentar tadi, kembali. Gamaknya seorang anak membiarkan sang ibu menangis kerana dirinya. Tidakkah dia mengetahui bahawa ibunya itu menanggung beban yang lebih berat? Mana mungkin seorang ibu mahukan anaknya sakit, malah sentiasa runsing memikirkan, mencari solusi terbaik buat masalah anaknya itu. Aku menyeka air mata ibu, dan terus merangkul lehernya. Membenamkan mukaku di bahunya. "Acik minta maaf ibu, aci