Rutin
kadang-kadang, bila kita dah jadikan satu aktiviti tu jadi rutin, kita boleh hilang rasa kemanisan dalam melakukan perkara tu, sebab kita buat tanpa kehadiran hati. buat sebab rutin. tapi bila allah tarik nikmat tu, barulah kita rasa rindu nak buat. itu fitrah. contoh macam belajar. dulu punyalah ramai kata belajar ni membosankan. tapi bila allah izin pkp, semua duk kata rindu sekolah, rindu nak belajar pulak. jadi apa nak buat kalau kita dah hilang rasa kemanisan tu? kita kena perbaharui. perbaharui niat kita, belajar balik hikmah di sebalik apa yang kita buat. contoh ibadah. bila kita dah jadikan ibadah sebagai rutin, akan ada maasa allah uji kita buat tanpa hati. dan ketika itu tiada lagi fungsi ibadah sebagai pencegah kemungkaran dalam diri kita. jadi, sentiasalah perbaharui hidup kita. p/s : actually, rindu nak sujud kena lantai, huhu. rasa puas dia lain :( Bukit Istana, 9 Disember 2020. catatan daripada Balqis 2023 : masa ni luka pembedahan aku terbukak balik jadi aku tak boleh s